Color
Text

Profil

Majlis Perbandaran Kuala Selangor adalah gabungan dari 5 majlis tempatan iaitu:

  • Majlis Tempatan Kuala Selangor
  • Majlis Tempatan Tanjong Karang
  • Majlis Tempatan Batang Berjuntai ( Bestari Jaya )
  • Majlis Tempatan Ijok
  • Majlis Tempatan Jeram

Dalam tempoh 25 tahun selepas penubuhannya, MPKS telah melalui beberapa siri perluasan kawasannya bermula dengan pewartaan kawasan seperti yang ditunjukkan dalam pelan warta PW 459 yang diwartakan pada 6 Febuari 1978, diikuti PW 646 pada 15 November 1986, PW 981 pada 1 Disember 1994.

Peluasan kawasannya yang terakhir melalui PW 1414 pada 25 Febuari 2006 yang meliputi seluruh kawasan Daerah Kuala Selangor. Kawasan pentadbiran MPKS ini meliputi pekan-pekan kecil seperti Pekan Kuala Selangor, Ijok, Jeram, Assam Jawa, Bukit Rotan, Seri Tiram Setia, Tanjong Karang, Sungai Janggut, Sungai Sembilang, Bestari Jaya, Kampung Kuantan, Sungai Buloh, Pasir Penambang. Turut terlibat ialah kawasan pembangunan baru seperti Puncak Alam, Saujana Utama dan Desa Coalfields.

Kawalan dan perancangan pembangunan MPKS dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan seperti:

  • Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
  • Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172)
  • Akta Jalan
  • Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133)
  • Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 (Akta 663)
  • Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan
  • Undang-Undang Kecil MDKS (20 UUK)

serta berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang diputuskan dari semasa ke semasa.

Logo & Bendera

Logo MPKS

Logo Majlis Perbandaran Kuala Selangor

Maklumat Mengenai Logo:

Rumah Api

Mercu tanda Daerah Kuala Selangor. Bangunan ini telah dibina pada tahun 1907 dan menjadi tarikan pelancong yang datang ke Kuala Selangor.

MPKS

Majlis Perbandaran Kuala Selangor

Pecahan Kawasan Pentadbiran

Susunan warna menunjukkan zon kawasan pentadbiran seperti Industri, Pertanian, Perumahan dan Komersial. Kepelbagaian zon guna tanah mendorong kepada tunjang ekonomi ke arah bendar yang mampan dan sejahtera.

Tulisan Jawi

Tulisan jawi merupakan warisan sejarah yang telah di bawa masuk ke Kuala Selangor seawal tahun 1756 dan digunakan oleh Kesultanan Melayu Selangor ketika itu bagi tujuan tadbir urus negeri.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (Tulisan Rumi)

Tulisan Rumi merupakan tulisan rasmi yang digunakan secara holistik dalam pentadbiran, perundangan, ekonomi dan pembangunan sesuatu entiti.

Bendera MPKS

Bendera Majlis Perbandaran Kuala Selangor

Maklumat Mengenai Bendera:

Warna Merah dan Kuning

Jalur berwarna merah dan kuning melambangkan kekuatan kerjasama yang kukuh dan utuh dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Warna Biru

Warna biru yang menjadi latar belakang bendera MPKS mengambarkan sikap Mesra Rakyat yang diamalkan dalam pentadbiran MPKS adalah bagi menjamin kesejahteraan dan kemakmuran penduduk setempat.

Logo MPKS

Logo MPKS di bahagian tengah bendera bermaksud kawasan tersebut adalah di bawah pentadbirsan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

Visi & Misi

Visi
Perbandaran Lestari Masyarakat Sejahtera

Misi
Menyediakan Persekitaran Perbandaran yang kondusif bagi pembangunan ekonomi hijau, pemeliharaan alam sekitar, warisan sejarah dan kehidupan berkualiti.

Moto
"Usaha Untuk Rakyat"

Slogan
Kuala Selangor Indah dan Bersejarah

Objektif & Peranan

MPKS bertekad untuk melaksanakan setiap objektif dan peranan yang telah dipertanggungjawabkan, bersesuaian dengan segala kod serta etika yang menjadi panduan.

Maklumat Asas Majlis Perbandaran Kuala Selangor

Sumber: RTD Kuala Selangor 2015

Unjuran penduduk bagi kawasan pentadbiran daerah Kuala Selangor 2010 sehingga 2025 ialah 302,219 orang.

Pegangan harta berkadar sehinggan Jun 2021 ialah sebanyak 77,050 unit pegangan

Luas kawasan MPKS adalah 119,452.46 hektar.