Color
Text

OPERASI BERSEPADU KILANG TANPA KEBENARAN DI KAMPUNG SUNGAI TERAP

Jabatan Penguatkuasa, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menjalankan operasi bersepadu kilang tanpa kebenaran di dua lokasi sekitar Kampung Sungai Terap pada 25 Sptember 2024.

Operasi ini dijalankan hasil maklumat orang awam, risikan Jabatan Penguatkuasa MPKS mengenai kilang kitar semula e-waste yang beroperasi tanpa kebenaran dan ingkar terhadap notis yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Semasa pemeriksaan dibuat, didapati premis disyaki menyimpan dan memproses buangan terjadual seperti metal dross, buangan bateri kering, Plastic Circuit Board (PCB) serta buangan copper scrap.

Kilang tersebut diarahkan tutup serta merta dan dikenakan kompaun ekoran kesalahan tidak memiliki lesen aktiviti mengilang dan sitaan turut dikenakan melibatkan empat unit “forklift”, peralatan berkaitan E-waste. Kes ini disiasat dibawah UUK 3 Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Daerah Kuala Selangor) 2007 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen dari pihak berkuasa.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut mengambil sampel barang-barang e-waste untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi proses analisis. Dalam masa yang sama, Jabatan Imigresen Malaysia turut melakukan 7 tangkapan warga asing untuk semakan dokumen.

Selain itu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia turut membuat pemeriksaan premis dan telah membuat sitaan arak dan rokok yang tiada duti import. Pihak Air Selangor melakukan pemotongan meter air di kedua-dua premis dan pihak TNB turut mengeluarkan notis pemotongan bekalan elektrik.

Operasi ini dijalankan bermula jam 10.30 pagi hingga 1.30 petang melibatkan 56 orang anggota dan dijalankan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Air Selangor serta TNB.

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS 

OPERASI BERSEPADU KILANG TANPA KEBENARAN DI KAMPUNG SUNGAI TERAP OPERASI BERSEPADU KILANG TANPA KEBENARAN DI KAMPUNG SUNGAI TERAP OPERASI BERSEPADU KILANG TANPA KEBENARAN DI KAMPUNG SUNGAI TERAP

Tarikh Akhir untuk ke Arkib