MAJLIS PERASMIAN DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR 2035 (Penggantian)
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menganjurkan Majlis Perasmian Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (RTMPKS) 2035 (Penggantian) pada 17 September 2024 di Grandeur Hall, Bandar Puncak Alam.
Laporan Draf RTMPKS 2035 (Penggantian) akan dipamerkan selama 4 minggu, iaitu sehingga 16 Oktober 2024, secara dalam talian menerusi laman sesawang Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan PlanMalaysia Selangor, atau secara bersemuka di lokasi berikut;
1. Jabatan Perancangan Pembangunan, Majlis Perbandaran Kuala Selangor;
2. PlanMalaysia Selangor, Shah Alam; dan
3. Dewan MPKS di Saujana Utama.
Selain itu, pihak Majlis juga mengadakan jelajah pameran RTMPKS 2035 (Penggantian) ini, seperti berikut;
1. Jaya Grocer, Eco Grandeur Puncak Alam pada 19 September 2024;
2. KIPMall Desa Coalfields pada 26 September 2024;
3. Lotus Kuala Selangor pada 1 Oktober 2024
3. Dewan Dato’ Hormat, Tanjong Karang pada 3 Oktober 2024; dan
4. Lotus Puncak Alam pada 10 Oktober 2024.
Semua pemegang taruh, penduduk, dan pemilik tanah mempunyai peluang memberi cadangan dan pandangan terhadap laporan Draf RTMPKS 2035 (Penggantian) ini sebelum ia di angkat ke peringkat seterusnya, serta diwartakan untuk digunapakai.
Dokumen Publisiti dan Borang Bantahan boleh didapati melalui pautan berikut:
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat, Datuk Borhan bin Aman Shah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan & Pembangunan Bandar Lestari, Kebudayaan, Adat Istiadat Melayu & Warisan.