SESI PENDENGARAN BANTAHAN SENARAI NILAIAN BARU
PEMAKLUMAN
Selaras dengan peruntukan Seksyen 142 Akta Kerajaan Tempatan 1976, pihak Majlis akan mengadakan sesi pendengaran bantahan senarai nilaian baru mulai 12 Ogos 2024 hingga 16 Ogos 2024. Pemilik pegangan yang telah membuat bantahan dan menerima jemputan mesyuarat dikehendaki hadir mengikut masa dan membawa dokumen yang telah ditetapkan.
Sila hubungi 03-32891439/ 1549/ 2340 sambungan 240/ 294 bagi semakan jemputan dan pertanyaan mengenai sesi pendengaran bantahan.