Color
Text

Kuil Hindu

   

Sri Subramaniar Swamy Temple 

Lokasi : Batu 2, Jalan Kapar – Kuala Selangor

Catatan:

1915 - 1932: Sejarah awal bermula dengan masyarakat Hindu mendirikan pondok atap sebagai kuil untuk beribadat. Difahamkan Kerajaan telah mengazetkan tanah seluas 3 ekar bagi kerja-kerja pembesaran kuil.

1932 : Pembinaan sebuah kuil baru berbumbungkan genting dan dinding batu dibina bagi menggantikan pondok sedia ada.

1935 : Perasmian kuil baru

1965: Kuil ini didaftarkan di PejabatPendaftaran Pertubuhan Selangor dan penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Kuil.

1998: Kuil lama dirobohkan dan pembinaan kuil baru bagi menampung keperluan masyarakat Hindu yang bertambah.

Thaipusam adalah perayaan utama yang disambut secara besar-besaran sehingga mencapai jumlah pengunjung 100 ribu orang dan merupakan sambutan  kedua terbesar selepas Batu Caves.

Selain itu, antara aktiviti yang dijalankan adalah upacara keagamaan, pembangunan sosial, majlis perkahwinan dan lain-lain.