Color
Text

Fungsi Jabatan

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
Unit Fungsi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
  • Bertanggungjawab terhadap urusan perjawatan dalam Majlis
  • Bertanggungjawab terhadap sistem HRMIS
  • Mengurus fail-fail sumber manusia dengan sistematik
  • Melaksanakan dan mematuhi setiap pekeliling yang di keluarkan oleh Kerajaan Negeri dengan baik
  • Menyelaras dan memastikan kakitangan mendapat latihan untuk meningkatkan produktiviti kerja
  • Membuat penilaian kepada k/tangan yang telah menghadiri latihan bagi memastikan apa yang diperolehi dipraktikkan dalam MPKS
Bahagian Pentadbiran Am
  • Memberikan perkhidmatan yang efisyen dan efektif kepada pelanggan
  • Memastikan keselamatan pejabat
  • Mendaftar dan merekod surat keluar masuk ke MPKS
  • Menyelaraskan semua surat keluat (pos) dapat diposkan pada hari surat tersebut sampai di jabatan Khidmat Pengurusan
  • Menjadi Urusetia dalam Mesyuarat Penuh, Mesyuarat AM dan Mesyuarat Antara Jabatan
UNIT INTEGRITI
  • Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.
  • Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
  • Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.
  • Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.
  • Melaksanakan fungsi urus setia lembaga tatatertib.
  • Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
  • Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.
JABATAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN
Unit Fungsi
Bahagian Kawalan Pembangunan
  • Bertindak sebagai penasihat dari segi perancangan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor selaku Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi kawasan di Daerah Kuala Selangor
  • Menjadi urusetia kepada Mesyuarat J/Kuasa Perancang ban Pembangunan mampan Majlis Daerah Kuala Selangor
  • Memproses permohonan kebenaran merancang mengikut Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 9AKTA 172) dan Akta-akta Pindaan
  • Memproses permohonan nama Taman, jalan dan Nombor Bangunan
  • Membantu dan menyelaras penyediaan Rancangan-Rancangan Pemajuan RT/RKK di peringkat Daerah
  • Mempastikan dan melaksanakan pemakaian Kaedah Pengawalan Perancangan, Piawaian dan Garispanduan yang ditetapkan dalam proses kelulusan Kebenaran Merancang
  • Memberi ulasan dan khidmat nasihat perancangan kepada jabatan/agensi kerajaan dan swasta serta orang awam.
Bahagian Setinggan
  • Mengenalpasti setinggan-setinggan yang ada
  • Pemantauan terhadap pemutihan kilang/setinggan
Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan
  • Merancang dan melaksanakan program Local Agenda (LA21)
  • Menyelaras, menyiapkan dan mewartakan rancangan-rancangan Pemajuan di bawah Akta 172
  • Menyemak Daraf Rancangan Tempatan Daerah
  • Mengadakan Program Pembangunan Mampan MPKS
JABATAN LANDSKAP
Unit Fungsi
Bahagian Landskap
  • Memproses permohonan kelulusan Pelan Landskap dari Pemaju projek-projek pembangunan
  • Mengenalpasti kawasan tarikan pelancong dalam daerah dan merancang serta mempastikan keindahan dan kebersihan maksima
  • Merancang dan mepastikan program pengindahan bandar kawasan Majlis menjurus ke arah bandar Dalam Taman
  • Mengkaji, memelihara dan meningkatkan mutu produk-produk pelancongan dalam daerah bagi meningkatkan bilangan pelancong dan seterusnya meningkatkan ekonomi penduduk tempatan
Bahagian Penyelenggaraan
  • Merancang, melaksana dan menyelenggara projek-projek seni taman Majlis dan menyelia tapak semaian sebagai sumber utama tanaman landskap daerah
JABATAN KEJURUTERAAN
Unit Fungsi
Bahagian Pembangunan dan Projek
  • Mengurus dan memproses permohonan kelulusan pelan infrastruktur, pelan kerja tanah untuk projek skim perumahan, kilang, sekolah, kedai/perdagangan dan lain-lain bangunan
  • Mengurus dan memproses permohonan sokongan dan kelulusan pelan lampu jalan
  • Memberi ulasan permohona kebenaran merancang
  • Memproses serta meluluskan permohonan permit kerja-kerja pengorekan di atas jalan
Bahagian Penyelenggaraan Infrastruktur
  • Merancang dan menyelenggara kemudahan infrastruktur seperti jalan, lampu awam, longkang serta sistem saliran berada dalam keadaan baik
  • Menyelenggara dan memastikan kemudahan-kemudahan awam berada dalam keadaan baik serta selamat digunakan
  • Merancang, melaksana dan memantau projek-projek pembangunan Majlis di bawah Peruntukan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
  • Menyiasat dan mengurus permohonan serta pembangunan kemudahan awam
Bahagian Mekanikal dan Elektrikal
  • Menyelenggara lampu awam/jalan dan sistem lampu isyrat Majlis
  • Penyelenggaraan elektrik dan sistem elektronik di dalam bangunan dan premis MPKS
  • Menyelenggara kenderaan dan jentera secara Berjadual untuk kenderaan Majlis
JABATAN KAWALAN BANGUNAN
Unit Fungsi
Bahagian Seni Bina dan Reka Bentuk
  • Mengurus dan memproses permohonan sokongan dan Kelululusan Pelan Bangunan untuk Projek Perumahan, Kilang, Rumah, Kedai, Pejabat, Stesen Minyak dan lain-lain
  • Mengurus dan memproses permohonan sokongan dan kelulusan perakuan kelayakan menduduki (CFO) untuk projek perumahan, kilang, Rumah, Kedai, Pejabat, Stesen Minyak dan lain-lain
  • Mengurus dan memproses permohonan Kelulusan dan Permit Bangunan Sementara :-
    1. Untuk gerai/kedai sentera, bangsal jualbeli kereta terpakai dan kilang sementara
    2. Untuk bangunan Menara Telekomunikasi dan Pemancar sementara
    3. Untuk bangunan sementara tapak Pembinaan (TBL) seperti bangunan rumah kongsi, kantin sementara, tandas
  • Mengurus dan menjalankan pemeriksaan kemajuan kerja-kerja pembinaan dan kawalan kebersihan dan keselamatan di tapak projek
  • Memberi ulasan sokongan permohonan pecah sempadan, tukan nyata syarat tanah kebenaran merancang dan Pra-Hitungan daripada Jabatan Perancangan Pembangunan
  • Mengurus dan memproses permohonan wang cagaran untuk projek perumahan, kilang/gudang, rumah/kedai/pejabat, stesen minyak
Bahagian Kawalan Bangunan
  • Mengurus dan memproses permohonan kelulusan pelan tambahan dan perubahan pada rumah teres/kedai dan lain-lain sediada
  • Buku garispanduan MPKS-mengurus dan memproses permohonan kelulusan permit Pelan Lakar bagi tambahan dan perubahan pada rumah teres sediada
  • Mengurus dan menjalankan pemantauan pelaksanaan kerja-kerja yang dijalankan oleh kontraktor yang membuat kerja-kerja kutipan sisa bahan binaan ke atas kerja-kerja tambahan dan perubahan pada rumah teres/kedai dan lain-lain sediada
  • Mengurus dan memproses permohonan sokongan dan kelulusan Siap Kerja Bangunan bagi tambahan dan perubahan pada bangunan sediada (Borang F)
  • Mengurus dan memproses untuk ulasan sokongan permohonan lesen perniagaan daripada Jabatan Kesihatan dan Persekitaran
  • Mengurus, memantau dan mengawal selia serta mengambil tindakan undang-undang keatas semua jenis pembinaan bangunan yang dibina tanpa kebenaran
JABATAN PERBENDAHARAAN
Unit Fungsi
Bahagian Hasil
  • Mengeluarkan bil-bil Cukai Taksiran
  • Hasil di kaunter Majlis
  • Menjalankan operasi kutipan luar
  • Menjalankan Task Force bagi mengutip Tunggakan Cukai Taksiran
  • Membuat segala pelarasan berkenaan Cukai Taksiran dan lain-lain hasil cukai
  • Mengeluarkan laporan-laporan kutipan hasil
Bahagian Akaun
  • Melancarkan segala kerja-kerja perakaunan
  • Mengemaskini segala rekod-rekod kewangan dan hasil untuk tujuan perakaunan
  • Dapat membantu Sasaran Kerja Tahunan bagi mendapatkan Sijil Bersih Kewangan
Bahagian Pentadbiran
  • Menjalankan proses-proses pembelian
  • Mengeluarkan surat-surat Tawaran Tender, Inden dan LO
  • Mengeluarkan bayaran bagi setiap pembelian
  • Memproses bayaran Gaji pekerja dan pemotongan
  • Menyelenggara rekod-rekod kewangan bagi tujuan perakaunan
  • Menyediakan Penyata Kewangan Tahunan bagi Majlis
Bahagian Perolehan
  • Membuat pesanan, menyelia, menerima dan merekod alat-alat kelengkapan/peralatan (inventori) pejabat dan alat tulis
JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA
Unit Fungsi
Bahagian Penilaian
  • Merancang, memeriksa, menyiasat, merekod dan mengurus pegangan-pegangan dan hartanah awam dalam kawasan MPKS untuk tujuan kadaran bagi maksud kenaan Cukai Taksiran
  • Merekod dan mengurus pegangan-pegangan milik kerajaan Negeri, Persekutuan dan agensi dibawah fasal 156 Perlembagaan Merancang, memeriksa, bagi maksud mendapatkan caruman bantu kadar.
Bahagian Pengurusan Harta
  • Merancang, melaksana dan mengurus aset-aset tetap (bangunan dan tanah) bagi menjana pulangan kewangan jangka panjang Majlis
  • Merancang, mengenalpasti, memohon, melaksana dan mengurus pembangunan berpotensi bagi kemajuan hartanah bagi maksud menambah aset tetap Majlis dan pulangan jangka panjang kewangan jangka panjang kewangan
JABATAN KESIHATAN DAN PERSEKITARAN
Unit Fungsi
Bahagian Alam Sekitar
  • Melaksanakan pemeriksaan dan menjalankan penguatkuasaan kebersihan pasar basah.
  • Melaksanakan pemeriksaan kilang yang berisiko menyebabkan kacauganggu pencemaran sungai, bau, serta isu alam sekitar yang lain.
  • Melaksanakan pemeriksaan perusahaan ladang ternakan ayam yang menyebabkan aduan kacauganggu alam sekitar dari segi bau, lalat dan lain – lain.
  • Melaksanakan pemeriksaan kebersihan tandas awam Majlis dan tandas mengikut kategori yang ditetapkan.
  • Menjalankan aktiviti kempen kitar semula minyak masak terpakai/barangan terpakai/ kempen bebas plastik.
  • Merangka, merancang dan melaksana program kesedaran bertemakan Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna serta Kebersihan Tandas.
  • Menjalankan penguatkuasaan notis dan kompaun isu kacauganggu alam sekitar.
  • Memastikan kehadiran dalam mesyuarat serta retreat yang diarahkan dan peruntukan Kerajaan Negeri yang telah diterima dilaksanakan mengikut syarat dan terma yang ditetapkan.
  • Menyediakan laporan aktiviti dan program Unit Alam Sekitar dalam mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kesejahteraan Bandar.
Bahagian Pentadbiran
  • Melaksanakan pemantauan dan menyediakan laporan thumbprint kakitangan Jabatan Kesihatan dan Persekitaran.
  • Melaksanakan pemantauan ketidakhadiran ke pejabat dan menyelenggara rekod cuti kakitangan Jabatan Kesihatan dan Persekitaran.
  • Melaksanakan takwim mesyuarat jabatan dalaman dan menguruskan hal-hal berkaitan mesyuarat.
  • Mengeluarkan surat-surat dan memo dalaman berkaitan hal-hal pentadbiran jabatan.
  • Melaksanakan urusan pengurusan fail jabatan kesihatan dan persekitaran.
  • Menyimpan dan merekod surat atau dokumen ke fail yang berkaitan.
  • Mengesahkan buku log kenderaan, laporan kad minyak dan laporan kad ‘touch n go’ setiap bulan.
  • Membantu masyarakat setempat melaksanakan program komuniti, gotong royong dan kesedaran berkaitan kebersihan.
  • Menerima, merekod dan memberi maklumbalas aduan melalui sistem aduan
  • Urusan penghantaran surat, memo dan lain-lain dokumen ke jabatan dalaman atau luar.
Bahagian Kawalan Mutu Makanan dan OSHA

 

Bahagian Kawalan Vektor dan Haiwan Terbiar / Liar

 

Bahagian Khidmat Bandar

 

JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT
Unit Fungsi
JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT
  • Mengurus dan memantau JKP yang berdaftar dengan MPKS
  • Mengkaji, melaksanakan dan merancang program kemasyarakatan di dalam kawasan MPKS
  • Merancang dan melaksanakan program belia di dalam kawasan MPKS
  • Memantau aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Persatuan Belia yang berdaftar di MPKS
  • Mengadakan program kebudayaan dan kesenian untuk kakitangan di MPKS
Unit Fungsi
JABATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL
  • Membuat kutipan sampah di kawasan kediaman sebanyak 3kali seminggu
  • Membuat kutipan sampah dikawasan sekolah, awam dan perniagaan setiap hari
  • Membersih dan mengutip sampah longgok domestik, sampah kebun, sampah binaan 2 kali seminggu
  • Membuat kutipan sampah pasar pagi dan pasar malam dan dibersihkan sebaik sahaja tamat perniagaan
  • Pemotongan rumput setiap 2 kali sebulan dikawasan kediaman, jalan utama, padang dan taman permainan kanak-kanak
  • Mencuci dan membersihkan longkang dikawasan kediaman dan perniagaan setiap 2 kali sebulan
JABATAN PELESENAN
Unit Fungsi
JABATAN PELESENAN
  • Menerima dan memproses permohonan lesen, sewaan gerai dan pasar malam
  • Memproses permohonan permit kakilima tahunan, tukar nama dan lain-lain
  • Mengeluarkan bil sewaan gerai MPKS setiap bulan
  • Menyertai operasi kutipan pasar malam
JABATAN PENGUATKUASAAN
Unit Fungsi
Unit Operasi
  • Menguatkuasakan undang-undang.
  • Melaksanakan arahan, tindakan, siasatan, kompaun, notis, roboh dan sitaan.
  • Melaksanakan operasi bersama Jabatan dan Agensi lain
  • Membuat kawalan kaunter.
  • Membuat tugasan lebih masa mengikut jadual yang disediakan.
  • Melaksanakan operasi mengikut kesesuaian.
  • Memastikan semua peniaga di dalam Daerah Kuala Selangor berlesen.
  • Membantu dan menerangkan kepada orang awam tentang undang-undang yang digunapakai oleh MPKS.
  • Bertugas mengikut taqwim.
  • Merekod dan mendaftar surat-surat masuk.
  • Membuat pemeriksaan premis perniagaan dan pembinaan bangunan.
  • Mendaftar fail.
  • Mendaftar dan merekod pengeluaran notis.
  • Mengeluarkan notis kesalahan (Kompaun).
  • Mendaftar pengeluaran kompaun Zon.
  • Membuat laporan dan menjawab surat.
  • Merekod barang-barang sitaan dan rampasan.
  • Merekod penurunan kain rentang.
  • Melelong barang rampasan yang tamat tempoh dan barangan mudah luput.
  • Memastikan tiada sebarang pembinaan yang didirikan tanpa kelulusan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
  • Membuat dan mengemukakan kertas siasatan.
Unit Rondaan
  • Membuat rondaan serta siasatan.
  • Melakukan rondaan di setiap kawasan Majlis serta membuat pemeriksaan permohonan lesen dan permit sementara.
  • Ulasan sokongan permohonan permit dan lesen perniagaan.
  • Rondaan jalan kaki (bit jalan kaki).
  • Kawalan statik (tempat tumpuan orang awam spt :Pasar Awam, Sekolah dan Pasaraya).
Unit Trafik
  • Mengawal dan memastikan lalulintas dalam keadaan terkawal dalam sebarang program yang diadakan dalam Daerah Kuala Selangor.
  • Mengawal dan menjadi pengiring kepada Menteri Besar, Ketua Jabatan dan Pelancong Luar Negara yang datang ke Kuala Selangor ataupun sebarang program rasmi yang diadakan.
  • Bekerjasama dengan Polis Trafik dan membantu kawalan lalulintas apabila diperlukan
UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM
Unit Fungsi
UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM
  • Menguruskan jemputan rasmi untuk program-program MPKS
  • Menjemput pihak media dan mendapatkan maklumat yang berkaitan
  • Menjalinkan kerjasama yang baik dengan pihak media
  • Menguruskan maklumbalas pelanggan terhadap perkhidmatan di MPKS
  • Menerbitkan buku laporan tahunan dan buletin MPKS
  • Menyediakan rekabentuk backdrop / banner / bunting untuk program MPKS
  • Menyediakan hebahan media melalui media cetak dan elektronik
  • Melaksanakan Pengurusan Kualiti di MPKS.
UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC)
Unit Fungsi
UNIT PUSAT SETEMPAT
  • Menerima dan menyemak permohonan bagi cadangan pemajuan seperti Kebenaran Merancang, Pelan Kejuruteraan, Pelan Bangunan dan Pelan-Pelan berkaitan untuk dipertimbangkan dalam Mesyuarat J/Kuasa Pusat Setempat (OSC) dalam tempoh piagam yang ditetapkan
UNIT PELANCONGAN
Unit Fungsi
UNIT PELANCONGAN
  • Menyediakan Laporan Inventori Produk Pelancongan
  • Menyelaras, menyedia dan melaksanakan promosi serta program pelancongan
  • Menyediakan kertas cadangan/ peruntukan bagi projek – projek pembangunan pelancongan
  • Menyelaras dan memantau penyelenggaraan kemudahan – kemudahan di kawasan tumpuan pelancong
  • Mengumpul dan menyediakan laporan statistik kehadiran pelancong / pengunjung ke daerah Kuala Selangor
  • Membuat kajian mengenai perantara pengiklanan yang sesuai untuk tujuan promosi dan pemasaran domestik dan antarabangsa
  • Pengoperasian perkhidmatan
  • Promosi pelancongan
  • Pengurusan Komuniti / Pelanggan
  • Pengurusan Pusat Pelancongan bawah Majlis Perbandaran Kuala Selangor
UNIT AUDIT DALAM
Unit Fungsi
UNIT AUDIT DALAM
  • Menjalankan audit dalaman
  • Membentangkan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat J/Kuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun dan Mesyuarat J/Kuasa Audit
  • Melaporkan kepada YDP hasil auditan dan tindakan susulan bagi perkara berbangkit
UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN (COB)
Unit Fungsi
UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN
  • Memastikan Badan Pengurusan (JMB) diwujudkan di setiap kawasan pemajuan dalan tempoh 12 bulan dari tarikh Sijil Layak Menduduki dikeluarkan
  • Menyelesaikan semua aduan dan masalah berkaitan pengurusan dan penyelenggaraan bangunan bertingkat dan bangunan yang dipecah bahagi dan dikeluarkan hakmilik serata
  • Memastikan Penubuhan Badan Pengurusan 9JMB) dan memastikan pemaju membuat mesyuarat pertama penubuhan Badan Pengurusan
  • Mempertingkatkan kerjasama bestari diantara agensi serta responsif terhadap keperluan pelanggan
UNIT PERUNDANGAN
Unit Fungsi
UNIT PERUNDANGAN
  • Menyediakan draf peruntukan undang-undang kecil MPKS
  • Menguruskan tugas-tugas pewartaan undang-undang kecil MPKS
  • Memberi nasihat perundangan kepada Majlis
  • Menjalankan tugas-tugas pendakwaan dan pembelaan bagi pihak Majlis
  • Menyediakan dan menyemak dokumen-dokumen perjanjian
  • Membantu bahagian hasil dalam usaha mengutip tunggakan cukai taksiran
  • Membantu memberi penjelasan dan pemahaman mengenai perundangan kepada orang awam
UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT
Unit Fungsi
UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT
  • Merancang & melaksanakan projek pembangunan ICT jabatan
  • Menyelenggara dan mengawalselia sistem-sistem aplikasi, perkakasan dan perisian komputer serta struktur rangkaian
  • Pengurusan dan pemantauan terhadap segala perolehan ICT termasuk perkakasan, perisian dan sistem aplikasi
  • Pengawalan terhadap inventori komputer jabatan
  • Mengenalpasti perkembangan dan keperluan infrastruktur ICT jabatan dari masa ke semasa dan memastikan keselamatan terhadap data-data jabatan
  • Pengurusan dan pengemaskinian maklumat/data jabatan serta menyelenggara dan membangun sistem maklumat berkomputer
  • Pembangunan Portal dan Email Majlis