Iklan kekosongan premis perniagaan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
Tarikh Iklan : 10 September 2024
Tarikh tutup permohonan : 20 September 2024
Syarat permohonan seperti yang dipaparkan di tatacara dan syarat permohonan di iklan yang dilampirkan.
PEMAKLUMAN
Selaras dengan peruntukan Seksyen 142 Akta Kerajaan Tempatan 1976, pihak Majlis akan mengadakan sesi pendengaran bantahan senarai nilaian baru mulai 12 Ogos 2024 hingga 16 Ogos 2024. Pemilik pegangan yang telah membuat bantahan dan menerima jemputan mesyuarat dikehendaki hadir mengikut masa dan membawa dokumen yang telah ditetapkan.
Sila hubungi 03-32891439/ 1549/ 2340 sambungan 240/ 294 bagi semakan jemputan dan pertanyaan mengenai sesi pendengaran bantahan.
Sempena meraikan kesyukuran Hari Ulang Tahun Ke-3 Perbandaran Kuala Selangor 2024, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah membuat edaran pulut kuning kepada kariah Masjid Raja Lumu, Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Masjid Ar-Raudhah dan Masjid Puncak Alam serta Masjid Saujana Utama.
MPKS memanjatkan doa agar sentiasa diberikan keberkatan dalam memberi perkhidmatan warga Kuala Selangor.