Color
Text

Perkhidmatan Dalam Talian

ip3ks

Sistem Perkhidmatan Pembayaran Pintar Kuala Selangor (iP3KS)

iP3KS adalah perkhidmatan online yang disediakan oleh MPKS kepada penduduk-penduduk Kuala Selangor untuk membuat semakan/pembayaran akaun secara online tanpa perlu ke kaunter perkhidmatan MPKS.

Antara Perkhidmatan yang disediakan :

  • Semakan, Cetakan Bil dan Pembayaran Cukai Taksiran
  • Permohonan, Pembaharuan, Bayaran dan Semakan Lesen Serta Merta / Risiko
  • Permohonan, Pembaharuan, Bayaran dan Semakan Permit
  • Permohonan, Bayaran dan Semakan Bazar Ramadan & Raya
  • Semakan dan Bayaran Kompaun
  • Permohonan / Pembelian Tender Majlis Perbandaran Kuala Selangor
  • Permohonan, Bayaran dan Semakan bagi tempahan Dewan MPKS

Manual Pengguna iP3KSLawat Pautan

cepat

Citizen e-Payment (CEPat)

CEPat atau Citizen E-Payment merupakan aplikasi yang menyatukan pelbagai perkhidmatan berbayar kerajaan terutamanya dalam talian di dalam satu aplikasi tunggal. Lebih banyak pekhidmatan akan ditambah ke dalam aplikasi ini dari semasa ke semasa

Antara Perkhidmatan yang disediakan :

  • Semakan, Cetakan Bil dan Pembayaran Cukai Taksiran
  • Permohonan, Pembaharuan, Bayaran dan Semakan Lesen Serta Merta / Risiko
  • Semakan dan Bayaran Kompaun
  • Permohonan, Bayaran dan Semakan bagi Akaun Sewaan

Manual Pengguna CEPatLawat Pautan

pbtpay

Portal Pembayaran Sepusat Rasmi bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBTPay)

PBTPay adalah sebuah portal pembayaran sepusat rasmi bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dibangunkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Antara Perkhidmatan yang disediakan :

  • Semakan, Cetakan Bil dan Pembayaran Cukai Taksiran
  • Permohonan, Pembaharuan, Bayaran dan Semakan Lesen Serta Merta / Risiko
  • Semakan dan Bayaran Kompaun
  • Permohonan, Bayaran dan Semakan bagi akaun Sewaan

Manual Pengguna PBTPayLawat Pautan

 

Aplikasi Mudah Alih Kerajaan

Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA) adalah repositori aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh semua agensi Kerajaan Malaysia. Sebagai gerbang capaian digital Kerajaan, GAMMA menyediakan akses mudah, pantas dan selamat kepada orang ramai untuk memuat turun aplikasi mudah alih yang dihoskan oleh Kerajaan dari sumber yang sahih. Selain itu, ciri interaktif dan intuitif pengguna mencari, mencapai maklumat dan menggunakan turun aplikasi mudah alih yang berkaitan terus ke peranti pintar.

GAMMA.MY

MySejahtera adalah aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri dan ahli keluarga mereka serta memantau kemajuan kesihatan mereka sepanjang wabak COVID-19. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memantau keadaan kesihatan pengguna dan untuk memudahkan pengesanan kontak rapat COVID-19 dan seterusnya mengambil tindakan segera dalam menyediakan rawatan yang diperlukan.

MySejahtera juga merupakan saluran rasmi yang menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan oleh Kerajaan Malaysia yang menawarkan pendaftaran, janji temu, dan pengeluaran sijil digital imunisasi COVID-19.

AYUH MALAYSIA, BERSAMA-SAMA KITA TANGANI WABAK COVID-19!

LAWAT PAUTAN

Aplikasi MyHRMIS Mobile merupakan aplikasi mudah alih terbaharu JPA yang merangkumkan kesemua fungsi dalam aplikasi MyHRMIS sedia ada iaitu MyHRMIS Cuti, MyHRMIS Profil, MyHRMIS eGL, MyHRMIS Self Check, MyHRMIS Care dan MyHRMIS Keluar Pejabat.


Kesemua fungsi yang terdapat dalam aplikasi MyHRMIS sedia ada boleh diakses dalam aplikasi terbaharu ini dalam bentuk paparan yang lebih ringkas, kemas dan menarik.

 

MYSEJAHTERA

KEMUDAHAN SEMAKAN KEPADA ORANG AWAM UNTUK MENGETAHUI STATUS PENDAFTARAN SEBAGAI PEMILIH DAN LOKASI TEMPAT MENGUNDI SEMASA PILIHAN RAYA. ORANG RAMAI JUGA BOLEH MENYEMAK CALON-CALON BERTANDING DI BAHAGIAN PILIHAN RAYA MASING-MASING SERTA KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM.

LAWAT PAUTAN

Smart Quran adalah aplikasi mudah alih Al-Quran pertama yang diluluskan oleh Lembaga Kawalan dan Perlesenan Percetakan Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri Malaysia di bawah Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326).

Produk ini dikembangkan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Aplikasi Smart Quran adalah PERCUMA untuk digunakan oleh semua. Smart Quran terdiri daripada mushaf Madinah V2 dengan terjemahan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ia mempunyai audio penghafal berikut:

● Syeikh Abdullah Ibn Ali Basfar.

● Syeikh Ali al Huzaifi.

● Syeikh Ibrahim al Akhdar.

● Syeikh Muhammad Ayyub Ibn Muhammad Yusuf.

Audio boleh dimuat halaman demi halaman berdasarkan pembaca kegemaran anda.

LAWAT PAUTAN

mySolat merupakan satu aplikasi yang dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memudahkan umat islam di Malaysia mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan ibadah Solat.

Antara kemudahan dan fungsi utama yang terdapat dalam aplikasi ini ialah Waktu Solat bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, Arah Kiblat, Kalender Islam, Masjid Terdekat, Doa Harian, Koleksi Bacaan, Infografik, Tasbih Digital dan Lain-lain lagi.

LAWAT PAUTAN