Color
Text

Panduan

  1. Lakaran visual papan iklan hendaklah berwarna dan bersaiz A4 serta berukuran dalam meter persegi.
  2. Saiz perkataan Bahasa Melayu hendaklah 30% lebih besar daripada nama syarikat dan lain-lain bahasa dan diutamakan dari segi kedudukan.
  3. Visual hendaklah memaparkan perkataan dengan ejaan dan penggunaan tatabahasa yang betul.
  4. Jika perniagaan bukan didaftarkan dalam Bahasa Melayu, ia tidak perlu diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, iklan tersebut hendaklah menyatakan aktvitinya dalam Bahasa Melayu.
  5. Pemohon boleh berhubung terus dengan Dewan Bahasa dan Pustaka bagi pengesahan penggunaan bahasa pada papan iklan : No. telefon : 03-21482139 / 03-21485905 No. Faks : 03 – 21412029
  6. Meletakkan no. rujukan lesen perniagaan di bahagian bawah sebelah kanan papan iklan.
  7. Tidak mempamerkan sebarang visual kurang sopan atau menyentuh sensiviti mana-mana kaum @ agama.
  1. Pelan yang dikemukakan sebanyak 4 set pelan cadangan landskap ( 3 amonia dan 1 linen ).
  2. Pelan Tapak dan Pelan Lokasi ditunjukkan.
  3. Pelan penanaman ditunjukkan dalam skala yang jelas dan bersesuaian.
  4. Mengemukakan Laporan Cadangan Pembangunan Landskap yang mengandungi:
    1. Konsep Cadangan Landskap
    2. Ilustrasi
    3. Perspektif
    4. Keratan Rentas
    5. Topografi Sediada Tapak
    6. Pokok atau tanaman sediada
    7. Keadaan Sediada Tapak (Foto)
  5. Elemen-elemen terperinci pembangunan:
    1. Wakaf
    2. Laluan Pejalan Kaki
    3. Tanaman (Pokok Hiasan)
    4. Tanaman (Pokok Teduhan)
  6. Method penanaman :
    1. Instant
    2. 'Detail Construction'
  7. Kaedah penyelenggaraan selepas pembinaan siap sepenuhnya
    1. Tempat letak kereta ada disediakan 'island' 1.5m lebar.
    2. Nama Saintifik, nama biasa, jarak tanaman, garis pusat, ketinggian bunga pokok, symbol dan jumlah tanaman.
    3. Skala yang digunakan bersesuaian ditunjukkan (1.5m dari paip JBA dan paip Bomba).
    4. Semua kawasan terbuka ditanam dengan rumput.(Spot turfing / Close turfing).
    5. Jarak pokok renek / pagaran dari persimpangan jalan tidak kurang dari 40 m.
    6. Memasukkan pokok Bunga Tanjung (mimusops elengi), Bunga Raya (Hibiscus sp) dan Bunga Kertas (Bougainvillea sp).
    7. Padang permainan dan kelengkapan taman dikemukakan berasingan.
    8. Pelan terperinci bagi alat-alat permainan dan kemudahan taman ( bangku, wakaf, lampu, 'trellis' pergola, tong sampah, laluan pejalan kaki dan sebagainya) disertakan.
    9. Pemilihan pokok di kawasan berikut
      • Tempat Letak Kereta.
      • Bahu Jalan.
      • Pembahagi Jalan.
      • Taman Permainan.
      • Kawasan Perumahan.
      • Kawasan Lapang.
      • Perimeter Kilang.
    10. Kemudahan Rekreasi
      • Gelanggang Badminton / Takraw / sebagainya.
      • Alatan Senaman.
      • Kolam Renang
      • Lain-lain. (nyatakan)

Cara Membayar

  1. Semua bayaran hendaklah disertai dengan bil asal.
  2. Cek-cek dan wang kiriman dan sebagainya hendaklah dipalang dan dibayar kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
  3. Hanya resit-resit yang ditulis atau dicetak dengan mesin yang diberi kuasa oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor sahaja diakui sah.
  4. Resit-resit hendaklah diperolehi setelah membuat bayaran.

Peringatan Penting

  1. Bil cukai taksiran mestilah dibayar secara pendahuluan bagi setengah tahun pertama sebelum 28 Februari dan setengah tahun kedua sebelum 31 Ogos. Bil-bil berkenaan akan dihantar kepada pemilik-pemilik ke alamat yang tercatat dalam rekod MPKS pada awal setengah tahun yang berkenaan.
  2. Notis tuntutan akan dikeluarkan jika pembayaran tidak dijelaskan bagi setengah tahun pertama selepas 28 Februari dan setengah tahun kedua selepas 31 Ogos tanpa apa-apa amaran lagi. dengan bayaran notis pada kadar seperti berikut:
    • RM 100 dan ke bawah RM5.00
    • RM 101 ke atas 5%
  3. Pemilik-pemilik adalah diwajibkan memberitahu jabatan ini di atas penukaran pemilik bagi harta-harta termasuk dalam kawasan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
  4. Kalau tuan/puan tidak menerima bil asal, sila datang ke pejabat MPKS untuk mengambil salinannya sebelum tempoh di atas.
Kategori A: Bayaran yang dikenakan ialah RM100.00 bagi setiap permohonan kelulusan
  1. Kondominium
  2. Kompleks Sukan/Taman Rekreasi
  3. Padang Golf
  4. Pembangunan bersepadu
  5. Perumahan yang melebih 300 unit
Kategori B: Bayaran yang dikenakan ialah RM50.00 bagi setiap permohonan kelulusan
  1. Kompleks membeli-belah
  2. Hotel
  3. Institusi perdagangan
  4. Sekolah swasta
  5. Rumah kedai yang melebihi 20 unit yang dikemukakan berasingaan
  6. Perumahan dari 100 unit hingga 300 unit
  7. Pencawang elektrik
Kategori C: Bayaran yang dikenakan ialah RM25.00 bagi setiap permohonan kelulusan
  1. Rumah kedai yang kurang dari 20 unit yang dikemukakan berasingan
  2. Kilang perusahaan ringan yang mempunyai keluasan tapak sehingga ½ ekar atau kurang (setiap tambahan ½ ekar berikutnya adalah dikenakan bayaran RM10.00)
  3. Bangunan Tadika/Dewan/Balai Bomba/Polis
  4. Stesyen Bas/rumah-rumah ibadah
  5. Projek perumahan yang tidak melebihi 100 unit
Kategori D: Bayaran yang dikenakan ialah RM15.00 bagi setiap permohonan kelulusan
  1. Pelan tambahan dan pindaan kepada kilang-kilang yang melibatkan kerja-kerja penambahan/perubahan landskap
  2. Stesyen minyak (kerja-kerja tambahan dan ubahsuai landskap bagi stesyen minyak)

Nota:

  • Mana-mana kerja lanskap yang tidak termasuk dalam jadual di atas, hendaklah dirujuk ke Bahagian Perancang Bandar, MPKS untuk mendapat kadar bayarannya.
  • Rumah persendirian tidak perlu mengemukakan pelan lanskap. Dengan itu ia tidak dikenakan bayaran memfail memproses pelan.
  • Bayaran ini telah dikuatkuasakan pada 1 April 1998 (telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis pada 28 Mac 1998)
  1. Dokumen-dokumen mestilah mengandungi perkara-perkara berikut:
    • Borang A dan Borang Permohonan yang Lengkap dikemukakan
    • 3 Salinan suratan hakmilik/ Salinan surat perjanjian jual-beli
    • 3 Salinan cukai pintu (terbaru)
    • 3 Salinan cukai tanah (terbaru)
    • 8 Salinan Sijil Layak menduduki tetap serta lampiran
      • 1 set linen dan 1 set kertas diwarnakan keseluruhannya
      • 6 set kertas diwarnakan merah pada pelaan lokasi dan pelan tapak sahaja
    • 3 Salinan pelan "pra hitungan"
    • 1set pelan struktur (tetulang) dan kiraan yang disahkan oleh Jurutera Bertauliah dan cop memperakui terima tanggungjawab
    • Nama, alamat, No. telefon dan tandatangan dan cop memperakui terima tanggungjawab oleh arkitek/pelukis pelan yang berdaftar
    • Nama, alamat surat menyurat, No. telefon, tandatangan dan No Kad Pengenalan terbaru pemilik
  2. Pelan-pelan hendaklah disusun (dilipat) dan dikepilkan mengikut susunan serta mengandungi perkara-perkara di bawah ini:
    • Pelan Lokasi dengan skala yang munasabah/sesuai dan mengandungi maklumat berikut:
      • Tapak lot bangunan yang dicadangkan bersama dengan nombor lot
      • Nama-nama jalan dan bangunan di kawasan persekitaran yang dapat menjelaskan kedudukan lot tersebut
      • Tunjukkan arah utara dan skala
      • Lot berkenaan hendaklah diwarnakan (merah)
    • Pelan Tapak dengan skala 1 : 30 dan mengandungi maklumat-maklumat berikut:
      • Tapak lot bangunan yang dicadangkan bersama dengan nombor lot.
      • Nama-nama jalan masuk, jalan bersebelahan dengan nama jalan untuk lot berkenaan
      • Jalan-jalan dan bangunan bersebelahan dengan lot tersebut
      • Arah saliraan air permukaan
      • Arah saliran air kumbahan dari bangunan kelurang (manhole) ke main sewer line/ke sistem rawatan najis
      • Lebar jalan dan lebar lorong belakang
      • Dimensi bangunan dan jarak dari sempadan jalan (keperluan minima - Depan - 600mm, tepi dan belakang - 300mm)
      • Dimensi sistem rawatan najis dari sempadan jalan (keperluan Minima 600 mm dari sempadan)
      • Lebar driveway hendaklah 600mm maksima
      • Kedudukan kebuk sampah/ peti surat
    • Pelan lantai bagi tiap-tiap tingkat hendaklah mengandungi perkara berikut:
      • Skala minima 1 : 100
      • Dimensi berangka garisan bangunan dengan sempadan-sempadan
      • Dimensi berangka saaiz bangunan
      • Dimensi berangka bilik-bilik ruang
      • Dimensi berangka ketebalan dinding
      • Dimensi berangka saiz pintu, tingkap, telaga udara dan ruang-ruang terbuka
      • Arah saliran "rainwater down pipe" ke longkang
      • Arah saliran air kumbahan dari sinki, tandas, bilik mandi dan lain-lain melalui "floor trap" gully trap". Luring (manhole) dan ke "main sewer line".
      • Nyatakan kemasan lantai dan dinding serta jenisnya
      • Lebar/jenis driveway (maksima 600mm)
      • Saiz kebuk sampah
      • Pagar/pintu pagar
      • Tembuk penahan (jika ada)
      • Pengunduran sistem rawatan najis dari sempadan (minima 600mm)
      • Dimensi tangga, anak tangga dan jenisnya
    • Pemandangan hadapan, belakang dan sisi hendaklah mengandungi perkara-perkara
      • Kemasan dinding
      • Tembuk penahan
      • Jenis/kecerunan bumbung dan lain-lain berkaitan
      • Nyatakan jenis tingkap/pintu dan bukaan-bukaan yang lain
    • Pelan muka-muka keratan lintang, bujur dan muka-muka keratan yang lain menunjukkan:
      • Lebar dan dalamnya asas tapak dan ketebalan dinding sekat dan lantainya
      • Tinggi tingkap, tangga, pintu, tingkap dan lubang pengudaraan
      • Saiz tempat letak dan arah gelegar lantai, rasuk dan binaan bumbung serta binaan yang digunakan dalam pembinaan struktur itu.
      • Bahan-bahan yang hendak digunakan dalam pembinaan struktur itu
      • Kemasan dan tinggi dinding
      • Jarak dindding ke pagar/sempadan
      • Kedudukan "vent pipe"
      • Saiz pagar/pintu pagar
    • Pelan bumbung
    • Pelan terperinci
      • Longkang pembentungan dan driveway dengan kekisi besi
      • Pepasangan sanitasi
      • Diagrammatic sanitary layout
      • Diagramatic Pumbing layout
      • Kebuk sampah (tempat pembunagan sampah dengan ukuran minima 600mm X 600mm) dan peti surat
      • Lurang (manhole)/inspection chamber
    • Pelan pagar/pintu pagar
    • Tembuk penahan (jika ada)
    • Keperluan untuk dapur dan tandas
      • Lantai dari jenis jubin
      • Dinding jubin (minima 150mm)
      • Floor trap
      • Gully trap
    • Kehendak-kehendak am:
      • Pembukaan bersih longkang/pembentungan di bawah jalan masuk tidak kurang daripada 1300mm beserta kekisi besi saiz 600mm X 450mm dan wing wall
      • Lebar jalan masuk (driveway) tidak lebih daripada 6000mm (tidak termasuk 900mm untuk "slab" ke kebuk sampah)
      • Kebuk sampah (tinggi - 1220mm) kemasan jubin (keluasan dalam 610mm X 610mm)
  3. Semua pelan hendaklah dilukis mengikut skala berikut:
    • Pelan lokasi - apa-apa skala yang sesuai
    • Pelan lokasi - tidak kurang daripada 1:300
    • Semua pelan bangunan - tidak kurang daripada 1:100
  4. Kemukakan pelan papan tanda projek bersama-sama pelan bangunan

Peringatan:

  1. Kerja-kerja pembinaan tidak boleh dimulakan sebelum permohonan diluluskan oleh MPKS. Kegagalan mematuhi arahan tersebut boleh mengakibatkan pemilik yang berkenaan dikenakan 10 kali gandaan bayaran proses pelan mengikut Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1986 Jadual Pertama Undang-undang Kecil 17
  2. Sebarang pindaan kepada pelan kelulusan hendaklah terlebih dahulu dikemukakan untuk kelulusan sebelum pindaan dilakukan
  3. 4 set pelan pindaan hendaklah dikemukakan termasuk 1 set linen
  4. Kerja-kerja baru diwarnakan merah dan kerja-kerja lama diwarnakan biru
  5. Semua pelan lokasi dan tapak diwarnakan merah
  6. Pihak tuan dikehendaki mendapatkan sendiri surat/pelan kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Pembentungan
  1. Mengemukakan satu salinan pelan tatatur yang diperakukan oleh Pengarah, Jabatan Perancang Bandar dan desa, Negeri Selangor ATAU surat kelulusan Kebenaran Merancang oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor

  2. Mengemukakan satu salinan kelulusan pelan bangunan daripada Majlis Perbandaran Kuala Selangor ATAU Pelan Pra hitungan yang telah disahkan.

  3. Mengemukakan surat permohonan yang ditandatangani oleh Pemaju/Arkitek/Jururancang Bertauliah. Surat permohonan hendaklah mengandungi:

    * Lokasi tapak projek (nombor lot, mukim)

    * Lokasi kawasan

    * Kandungan projek pembangunan yang akan dimajukan

    *Cadangan nama taman untuk dipertimbangkan

    • Mengemukakan 6 set pelan cadangan nama jalan dan nombor bangunan (kertas ammonia) yang dilipat pada saiz F4 untuk kelulusan. Semua pelan hendaklah dilukis, ditandatangani dan diperakui oleh Arkitek/Jururancang Bertauliah.

    • Nama taman yang dicadangkan hendaklah:

      * Dalam Bahasa Malaysia

      * Mempunyai identiti Malaysia

      * Mempunyai sebab/alasan mengapa nama tersebut dicadangkan

      • Bagi kawasan yang kurang daripada 10 ekar, pemohon/pemaju disyorkan menggunakan nama taman yang sama dengan taman/projek yang bersebelahan/berhampiran dengan tapak projek.

      • Pelan-pelan hendaklah mengandungi:

        * Tajuk projek

        * Tajuk pelan

        * Pelan kunci

        * Pelan lokasi

        * Nama, alamat, nombor telefon dan cop pemaju/Arkitek/Jururancang bertauliah disetiap helaaian pelan

        • Pelan cadangan alamat hendaklah menunjukkan:

          * Nama-nama jalan dicadangkan

          * Nombor bangunan yang dicadangkan

          * Contoh-contoh cadangan alamat yang lengkap dengan nama taman, nombor bangunan, nama jalan dan poskod (jika ada)

          * Pelan cadangan alamat diwarnakan mengikut warna piawaian perancangan

          * Lokasi pemasangan papan tanda nama jalan (ditandakan)

        1. Surat permohonan dengan Kepada Surat Perunding yang bertauliah.
        2. Salinan surat kelulusan pelan tataur perancangan daripada Pengarah Negeri Selangor
        3. 3 salinan pelan ( 1 linen, 2 kertas) yang lengkap diwarnakan dan dilipat saiz A4
        4. Ruang atas sebelah kanan setiap pelan dikosongkan untuk cop Majlis
        5. Setiap set pelan mengandungi:
          • Pelan petunjuk, pelan lokasi dan arah utara
          • Pelan penanaman (skala: 1:200)
          • Jadual Penanaman
          • Elevation bangunan dari depan, sisi dan belakang dengan pokok (skala 1:200)
          • Keratan rentas penanaman disempadan lot dan tempat letak kereta (skala 1:25)
          • Butiran penanaman pokok, palma dan pokok renek
        6. Setiap helai pelan hendaklah:
          • Mengandungi tajuk dan nombor lukisan
          • Ditandatangani oleh Perunding serta nyatakan Nama, alamat dan No. pendaftaran ILAM
          • Ditandatangani oleh pemilik serta nyatakan nama dan alamat
        7. Senarai Jadual Tanaman dilengkapkan:
          • Simbol tanaman
          • Nama Botani dan nama tempatan
          • Ketinggian ukurlilit dan jarak penanaman
          • Jumlah tanaman (hendaklah ditunjukkan dalam jadual penanaman perkara 5 iii)
        8. Perincian penanaman bagi pokok teduhan, palma dan renek hendaklah ditunjukkan
        9. Pelan padang permainan hendaklah dikemukakan dalam skala 1:200 dan nyatakan ukuran serta keluasaannya
          • Katalog alat permainan dari pembekal
          • Disediakan dengan lampu, tong, sampah, bangku "access slab", railing dan lain-lain
          • Perincian gelanggang badminton, sepaktakraw, tennis dan sebagainya mengikut pelan perancangan yang diluluskan
        1. Borang dan dokumen yang diperlukan:
          • Borang A dan Borang Permohonan yang Lengkap dikemukakan
          • 3 Salinan suratan hakmilik/ Salinan surat perjanjian jual-beli
          • 3 Salinan cukai pintu (terbaru)
          • 3 Salinan cukai tanah (terbaru)
          • 9 Set pelan (temasuk 1 set linen)
            • 1 set linen dan 1 set kertas diwarnakan keseluruhannya
            • 1 set kertas diwarnakan keseluruhannya
          • 7 set kertas diwarnakan pada pelan lokasi dan pelan tapak
          • 3 set pelan pra-hitungan yang disahkan oleh JPBD
          • 3 salinan Pelan Pertapakan yang disahkan oleh JPBD
          • 3 salinan surat kelulusan tukar syarat tanak dan kelulusan pelan tatatur daripada Pentadbir Tanah Daerah Kuala Selangor
          • 3 salinan surat kelulusan percantuman lot daripada Pentadbir Tanah Daerah Kuala Selangor
          • 3 salinan Resit Premium Tanah
          • Borang Kiraan Bayaran Proses pelan
          • 1 set Pelan struktur dan kiraan
          • Nama, alamat, tandatangan dan nombor telefon Arkitek/Jurutera serta cop rasmi
          • Cop memperakui terima tanggungjawaab dan nomborpendaftaran
          • Nama, alamat, tandatangan dan nombor telefon pemilik dan pemaju
          • Tajuk projek hendaklah dilengkapkan dengan perkara-perkaraa berikut:
            • Jenis bangunan
            • Kegunaan bangunan
            • Bilangan tingkat, unit dan blok
            • Kemudahan-kemudahan lain berkaitan seperti No. lot, nama jalan, pekan, mukim dll.
            • Nyatakan jenis rumah mengikut lukisan pelan yang ditunjukkan
        2. Pelan Kunci (key plan)
        3. Pelan Lokasi - dilengkap dengan:
          • Arah utara
          • Skala
          • Jalan ke tapak nama-nama jalan berhampiran/jalan utama
          • Nombor Lot
          • Pelan lokasi bagi skim pembangunan hendaklah mengikut pelan pertapakan yang diluluskan oleh JPBD
        4. Pelan Tapak - dilengkap dengan:
          • Arah Utara
          • Skala
          • Nama-nama jalan masuk ke tapak
          • Lot-lot berhampiran
          • Ukuran
          • Lebar jalan, lorong belakang dan lorong tepi
          • Jarak bangunan dari sempadan jalan/lorong belakang/ tepi
          • Arah saliran air permukaan
          • Arah saliran kumbahan
          • Jarak sistem rawatan najis dari sempadan hadapan (minima 6100mm)
          • Kedudukan kebuk sampah/grease trap/ oil intercepter
          • Lebar Driveway beserta M.S Grating:
            • Rumah teres : 4600 mm maksima
            • Rumah sesebuah : 6100 mm maksima
            • Rumah berkembar : 6100 mm maksima
            • Kilang : 9100 mm maksima
          • Kedudukan pagar/ pintu pagar
        5. Untuk perniagaan, perdagangan, perusahaan dan rumah pangsa:
          • Pengaliran lalulintas (traffic flow)
          • Nyatakan tempat letak kereta dan kiraan
          • Plot ratio kecuali rumah pangsa
          • Luas bangunan - kecuali rumah pangsa
        6. Pelan Lantai dilengkapkan dengan:
          • Skala - min 1:100
          • Ukuran lot
          • Jarak bangunan dari sempadan
          • Garisan cucur atap dari sempadan - 2300mm daripada sempadan
          • Arah saliran air permukaan
          • Arah saliran air kumbahan
          • Saiz kebuk sampah
          • Lurang
          • Floor trap
          • Gully trap
          • Oil interceptor
          • Inspection chamber
          • Jarak tangki najis dari sempadan - 6100mm
          • Pagar/ pintu pagar
          • Tembok penahan - jika ada
          • Kemasan lantai - untuk dapur, tandas gunakan jubin
          • Untuk rumah kediaman sahaja - kemasan dinding dapur dan tandas gunakan jubin tinggi 1500mm minima
          • Saiz anak tangga dan pelantar:
            • Tred minima 255 mm lebar
            • Riser maksima 180 mm tinggi
          • Nama dan kegunaan bilik/ruang
          • Ukuran bilik/ruang (utility lebar 2.00mm, luas 6.50mp minima
          • Tebal dinding:
            • Dinding pemisah minima 100mm hendaklah daripada jenis "clay brick" dinaikkan 230mm melebihi paras bumbung (non load bearing wall)
            • Dinding sekat 100mm minima
          • Kebuk sampah/tempat sampah berpusat
          • Untuk rumah kediaman sahaja - driveway 460mm maksima beserta kekisi 600 mm X 450mm minima
          • Dry Yard bagi rumah pangsa hendaklah terlindung daripada pandangan luar
          • Sediakan ampaian kain di ruang dry yard bagi rumah pangsa
          • Pemasangan sanitari:
            • Wash basin/sink
            • W.C
            • Long Bath
            • Urinal
            • Setiap bilik tandas (W.C) adakan floor trap
            • Kolah
            • Shower
        7. Pelan tampak pandangan hadapan, belakang dan sisi - dilengkapkan dengan:
          • Saiz dan kedudukan vent pipe
          • Jenis dan waarna/kecerunan bumbung
          • Lain-lain -nyatakan
        8. Pelan keratan membujur dan melintang - dilengkapkan dengan:
          • Tinggi bangunan/tingkat - 3100mm minima
          • Kemasan dinding
          • Saiz pagar/pintu pagar
          • Tebal dinding dan jenis
          • Pembinaan kerangka bumbung
          • Tinggi tangga dan saiz
          • Jarak bangunan daripada sempadan hadapan/ sisi dan belakang
          • Jarak cucur atap daripada sempadan
        9. Pelan perincian berikut dikehendaki:
          • Driveway beserta longkang dan kekisi besi
          • Inspection chamber
          • Kebuk sampah/tempat pembuangan sampah berpusat (kemasan dalaman dari jenis jubin)
          • Diagramatic sanitary layout
          • Diagramatic plumbing layout
          • Jadual spesifikasi untuk:
            • Saiz/jenis tingkap, pintu dan bukaan yang lain
            • Nama dan luas bilik ruang
            • Peratus pengudaraan dan pencahayaan
            • Kediaman/kilang dan perdagangan: 15%
            • Hospital: 22.5%
            • Sekolah: 30%
          • Pelan papan tanda projek - nyatakan no. rujukan MDKS di rungan bawah di papan tanda
        10. Keperluan khas untuk kilang, sekolah, perdagangan dan yang berkaitan
          • Lantai dan dinding untuk tandas, kantin dan dapur hendaklah dari jubin - tinggi 230mm
          • Bilik sembahyang lelaki dan perempuan yang dilengkapi dengan tempat mengambil wuduk berasingan dan sebuah tandas cangkung setiap surau - sekiranya jauh dari tandas
          • Nisbah tandas jenis cangkung dan duduk ialah 1:1
          • Nisbah tandas duduk, cangkung dan tandas orang cacat ialah 2:1 - untuk komplek membeli-belah, gerai, tempat-tempat awam dan lain-lain yang berkaitan
          • Adakan kemudahan orang kurang upaya seperti "ramp up"
          • Paip air hendaklah diadakan disetiap bilik tandas
        11. Untuk kilang, perusahaan, perdagangan dan rumah pangsa
          • Kiraan "plinth area" - kecuali rumah pangsa
          • Kiraan "Plot Ratio" - kecuali rumah pangsa
          • Kiraan tempat letak kereta
          • Kiraan keluasan lantai - built up area
        12. Sistem Sanitari Bangunan
          • Paip UPVC Kelas D digunakan untuk system paip kebersihan dalam bangunan:
            • 3 tingkat : 100mm dia UPVC
            • Melebihi 4 tingkat : 150mm dia UPVC
          • Saiz branch pipe hendaklah mengikut:
            • 8 pepasangan : 75 mm
            • Melebihi 8 pepasangan : 100 mm
          • Water closet (W.C)/ squatting water closet (SWC) hendaklah disambung terus (single line) ke paip kebersihan dan berada 152 mm dari lantai (squatting level)
          • Saiz paip kebersihan untuk urinal bowl/ stall atau bersama water closet hendaklah 75 mm diameter. Jenis UPVC dan berada 0.6m dari aras lantai bowl
          • Wash basin (WB)/ basin (B) / hendaklah dipasang bottle trap dan floor trap (FT) bersaiz 50mm diameter. UPVC dan gully trap (GT) bersaiz 100mm diameter. UPVC dan saiz WB/B/S - 40mm diameter
          • Grease trap (GT) hendaklah bersaiz 100 mm diameter. UPVC serta dinyatakan lokasi dan kemukakan pelan perinciannya
          • Saiz paip bagi Anti Saifan Pipe (ASP) ialah:
            • 3 tingkat :  50mm dia UPVC
            • Melebihi 4 tingkat : 75mm dia UPVC
          • Saiz dari najis/system rawatan najis ke "roadside drain" ialah 100mm.
            Wire Bowl (WB) ke roof level (RL) tingginya minima 450mm dari aras bunbung
            Sila rujuk Jabatan Perkhidmatan Pembentungan untuk sokongan kelulusan:
            • Sistem rawatan najis
            • Sistem retikulasi pembentungan
        13. Lain-lain keperluan
          • Kemukakan surat dan pelan kelulusan daripada Jabatan Bomba Shah Alam
          • Kemukakan surat akuan penerimaan/surat kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Pembentungan
          • Kemukakan pelan "Diagrammatic Plumbing Layout" yang lengkap untuk ulasan JBA
          • Tinggi pagar tidak lebih 1500mm dengan 40% bukaan (900mm tembok dan 600 mm decorative grill)

        Peringatan:

        1. Kerja-kerja pembinaan tidak boleh dimulakan sebelum permohonan diluluskan oleh MPKS. Kegagalan mematuhi arahan tersebut boleh mengakibatkan pemilik yang berkenaan dikenakan 10 kali gandaan bayaran proses pelan mengikut Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1986 Jadual Pertama Undang-undang Kecil 17
        2. Sebarang pindaan kepada pelan kelulusan hendaklah terlebih dahulu dikemukakan untuk kelulusan sebelum pindaan dilakukan
        3. Bahan-bahan binaan yang digunakan adalah yang dibenarkan

        Maklumat lanjut boleh mengenai pemprosesan dan pengeluaran lesen serta merta, download Buku Panduan Lesen Serta Merta