Color
Text

PERMOHONAN PENGECUALIAN CUKAI TAKSIRAN KEDIAMAN KAMPUNG BAGI TAHUN 2024 KINI DIBUKA

Tempoh permohonan bermula dari 1 Mac 2024 sehingga 31 Mei 2024 dan semakan keputusan permohonan boleh dibuat mulai 1 September 2024. Borang Permohonan boleh dimuat turun melalui portal www.mpks.gov.my atau boleh mendapatkan di Kaunter 3, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Ibupejabat MPKS. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPKS di talian 03-32891439 samb 295.

Bermula tahun 2024, Kerajaan Negeri telah menetapkan pemberian pengecualian cukai taksiran bagi kediaman kampung adalah secara bersasar. Ianya merujuk kepada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke-31 bertarikh 13 Disember 2023. Sehubungan dengan itu, permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan borang serta mengemukakan dokumen sokongan dan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS 

PERMOHONAN PENGECUALIAN CUKAI TAKSIRAN KEDIAMAN KAMPUNG BAGI TAHUN 2024 KINI DIBUKA

Tarikh Akhir untuk ke Arkib