Panduan
- Lakaran visual papan iklan hendaklah berwarna dan bersaiz A4 serta berukuran dalam meter persegi.
- Saiz perkataan Bahasa Melayu hendaklah 30% lebih besar daripada nama syarikat dan lain-lain bahasa dan diutamakan dari segi kedudukan.
- Visual hendaklah memaparkan perkataan dengan ejaan dan penggunaan tatabahasa yang betul.
- Jika perniagaan bukan didaftarkan dalam Bahasa Melayu, ia tidak perlu diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, iklan tersebut hendaklah menyatakan aktvitinya dalam Bahasa Melayu.
- Pemohon boleh berhubung terus dengan Dewan Bahasa dan Pustaka bagi pengesahan penggunaan bahasa pada papan iklan : No. telefon : 03-21482139 / 03-21485905 No. Faks : 03 – 21412029
- Meletakkan no. rujukan lesen perniagaan di bahagian bawah sebelah kanan papan iklan.
- Tidak mempamerkan sebarang visual kurang sopan atau menyentuh sensiviti mana-mana kaum @ agama.
- Pelan yang dikemukakan sebanyak 4 set pelan cadangan landskap ( 3 amonia dan 1 linen ).
- Pelan Tapak dan Pelan Lokasi ditunjukkan.
- Pelan penanaman ditunjukkan dalam skala yang jelas dan bersesuaian.
- Mengemukakan Laporan Cadangan Pembangunan Landskap yang mengandungi:
- Konsep Cadangan Landskap
- Ilustrasi
- Perspektif
- Keratan Rentas
- Topografi Sediada Tapak
- Pokok atau tanaman sediada
- Keadaan Sediada Tapak (Foto)
- Elemen-elemen terperinci pembangunan:
- Wakaf
- Laluan Pejalan Kaki
- Tanaman (Pokok Hiasan)
- Tanaman (Pokok Teduhan)
- Method penanaman :
- Instant
- 'Detail Construction'
- Kaedah penyelenggaraan selepas pembinaan siap sepenuhnya
- Tempat letak kereta ada disediakan 'island' 1.5m lebar.
- Nama Saintifik, nama biasa, jarak tanaman, garis pusat, ketinggian bunga pokok, symbol dan jumlah tanaman.
- Skala yang digunakan bersesuaian ditunjukkan (1.5m dari paip JBA dan paip Bomba).
- Semua kawasan terbuka ditanam dengan rumput.(Spot turfing / Close turfing).
- Jarak pokok renek / pagaran dari persimpangan jalan tidak kurang dari 40 m.
- Memasukkan pokok Bunga Tanjung (mimusops elengi), Bunga Raya (Hibiscus sp) dan Bunga Kertas (Bougainvillea sp).
- Padang permainan dan kelengkapan taman dikemukakan berasingan.
- Pelan terperinci bagi alat-alat permainan dan kemudahan taman ( bangku, wakaf, lampu, 'trellis' pergola, tong sampah, laluan pejalan kaki dan sebagainya) disertakan.
- Pemilihan pokok di kawasan berikut
- Tempat Letak Kereta.
- Bahu Jalan.
- Pembahagi Jalan.
- Taman Permainan.
- Kawasan Perumahan.
- Kawasan Lapang.
- Perimeter Kilang.
- Kemudahan Rekreasi
- Gelanggang Badminton / Takraw / sebagainya.
- Alatan Senaman.
- Kolam Renang
- Lain-lain. (nyatakan)
Cara Membayar
- Semua bayaran hendaklah disertai dengan bil asal.
- Cek-cek dan wang kiriman dan sebagainya hendaklah dipalang dan dibayar kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
- Hanya resit-resit yang ditulis atau dicetak dengan mesin yang diberi kuasa oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor sahaja diakui sah.
- Resit-resit hendaklah diperolehi setelah membuat bayaran.
Peringatan Penting
- Bil cukai taksiran mestilah dibayar secara pendahuluan bagi setengah tahun pertama sebelum 28 Februari dan setengah tahun kedua sebelum 31 Ogos. Bil-bil berkenaan akan dihantar kepada pemilik-pemilik ke alamat yang tercatat dalam rekod MPKS pada awal setengah tahun yang berkenaan.
- Notis tuntutan akan dikeluarkan jika pembayaran tidak dijelaskan bagi setengah tahun pertama selepas 28 Februari dan setengah tahun kedua selepas 31 Ogos tanpa apa-apa amaran lagi. dengan bayaran notis pada kadar seperti berikut:
- RM 100 dan ke bawah RM5.00
- RM 101 ke atas 5%
- Pemilik-pemilik adalah diwajibkan memberitahu jabatan ini di atas penukaran pemilik bagi harta-harta termasuk dalam kawasan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
- Kalau tuan/puan tidak menerima bil asal, sila datang ke pejabat MPKS untuk mengambil salinannya sebelum tempoh di atas.
Kategori A: Bayaran yang dikenakan ialah RM100.00 bagi setiap permohonan kelulusan
- Kondominium
- Kompleks Sukan/Taman Rekreasi
- Padang Golf
- Pembangunan bersepadu
- Perumahan yang melebih 300 unit
Kategori B: Bayaran yang dikenakan ialah RM50.00 bagi setiap permohonan kelulusan
- Kompleks membeli-belah
- Hotel
- Institusi perdagangan
- Sekolah swasta
- Rumah kedai yang melebihi 20 unit yang dikemukakan berasingaan
- Perumahan dari 100 unit hingga 300 unit
- Pencawang elektrik
Kategori C: Bayaran yang dikenakan ialah RM25.00 bagi setiap permohonan kelulusan
- Rumah kedai yang kurang dari 20 unit yang dikemukakan berasingan
- Kilang perusahaan ringan yang mempunyai keluasan tapak sehingga ½ ekar atau kurang (setiap tambahan ½ ekar berikutnya adalah dikenakan bayaran RM10.00)
- Bangunan Tadika/Dewan/Balai Bomba/Polis
- Stesyen Bas/rumah-rumah ibadah
- Projek perumahan yang tidak melebihi 100 unit
Kategori D: Bayaran yang dikenakan ialah RM15.00 bagi setiap permohonan kelulusan
- Pelan tambahan dan pindaan kepada kilang-kilang yang melibatkan kerja-kerja penambahan/perubahan landskap
- Stesyen minyak (kerja-kerja tambahan dan ubahsuai landskap bagi stesyen minyak)
Nota:
- Mana-mana kerja lanskap yang tidak termasuk dalam jadual di atas, hendaklah dirujuk ke Bahagian Perancang Bandar, MPKS untuk mendapat kadar bayarannya.
- Rumah persendirian tidak perlu mengemukakan pelan lanskap. Dengan itu ia tidak dikenakan bayaran memfail memproses pelan.
- Bayaran ini telah dikuatkuasakan pada 1 April 1998 (telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis pada 28 Mac 1998)
- Dokumen-dokumen mestilah mengandungi perkara-perkara berikut:
- Borang A dan Borang Permohonan yang Lengkap dikemukakan
- 3 Salinan suratan hakmilik/ Salinan surat perjanjian jual-beli
- 3 Salinan cukai pintu (terbaru)
- 3 Salinan cukai tanah (terbaru)
- 8 Salinan Sijil Layak menduduki tetap serta lampiran
- 1 set linen dan 1 set kertas diwarnakan keseluruhannya
- 6 set kertas diwarnakan merah pada pelaan lokasi dan pelan tapak sahaja
- 3 Salinan pelan "pra hitungan"
- 1set pelan struktur (tetulang) dan kiraan yang disahkan oleh Jurutera Bertauliah dan cop memperakui terima tanggungjawab
- Nama, alamat, No. telefon dan tandatangan dan cop memperakui terima tanggungjawab oleh arkitek/pelukis pelan yang berdaftar
- Nama, alamat surat menyurat, No. telefon, tandatangan dan No Kad Pengenalan terbaru pemilik
- Pelan-pelan hendaklah disusun (dilipat) dan dikepilkan mengikut susunan serta mengandungi perkara-perkara di bawah ini:
- Pelan Lokasi dengan skala yang munasabah/sesuai dan mengandungi maklumat berikut:
- Tapak lot bangunan yang dicadangkan bersama dengan nombor lot
- Nama-nama jalan dan bangunan di kawasan persekitaran yang dapat menjelaskan kedudukan lot tersebut
- Tunjukkan arah utara dan skala
- Lot berkenaan hendaklah diwarnakan (merah)
- Pelan Tapak dengan skala 1 : 30 dan mengandungi maklumat-maklumat berikut:
- Tapak lot bangunan yang dicadangkan bersama dengan nombor lot.
- Nama-nama jalan masuk, jalan bersebelahan dengan nama jalan untuk lot berkenaan
- Jalan-jalan dan bangunan bersebelahan dengan lot tersebut
- Arah saliraan air permukaan
- Arah saliran air kumbahan dari bangunan kelurang (manhole) ke main sewer line/ke sistem rawatan najis
- Lebar jalan dan lebar lorong belakang
- Dimensi bangunan dan jarak dari sempadan jalan (keperluan minima - Depan - 600mm, tepi dan belakang - 300mm)
- Dimensi sistem rawatan najis dari sempadan jalan (keperluan Minima 600 mm dari sempadan)
- Lebar driveway hendaklah 600mm maksima
- Kedudukan kebuk sampah/ peti surat
- Pelan lantai bagi tiap-tiap tingkat hendaklah mengandungi perkara berikut:
- Skala minima 1 : 100
- Dimensi berangka garisan bangunan dengan sempadan-sempadan
- Dimensi berangka saaiz bangunan
- Dimensi berangka bilik-bilik ruang
- Dimensi berangka ketebalan dinding
- Dimensi berangka saiz pintu, tingkap, telaga udara dan ruang-ruang terbuka
- Arah saliran "rainwater down pipe" ke longkang
- Arah saliran air kumbahan dari sinki, tandas, bilik mandi dan lain-lain melalui "floor trap" gully trap". Luring (manhole) dan ke "main sewer line".
- Nyatakan kemasan lantai dan dinding serta jenisnya
- Lebar/jenis driveway (maksima 600mm)
- Saiz kebuk sampah
- Pagar/pintu pagar
- Tembuk penahan (jika ada)
- Pengunduran sistem rawatan najis dari sempadan (minima 600mm)
- Dimensi tangga, anak tangga dan jenisnya
- Pemandangan hadapan, belakang dan sisi hendaklah mengandungi perkara-perkara
- Kemasan dinding
- Tembuk penahan
- Jenis/kecerunan bumbung dan lain-lain berkaitan
- Nyatakan jenis tingkap/pintu dan bukaan-bukaan yang lain
- Pelan muka-muka keratan lintang, bujur dan muka-muka keratan yang lain menunjukkan:
- Lebar dan dalamnya asas tapak dan ketebalan dinding sekat dan lantainya
- Tinggi tingkap, tangga, pintu, tingkap dan lubang pengudaraan
- Saiz tempat letak dan arah gelegar lantai, rasuk dan binaan bumbung serta binaan yang digunakan dalam pembinaan struktur itu.
- Bahan-bahan yang hendak digunakan dalam pembinaan struktur itu
- Kemasan dan tinggi dinding
- Jarak dindding ke pagar/sempadan
- Kedudukan "vent pipe"
- Saiz pagar/pintu pagar
- Pelan bumbung
- Pelan terperinci
- Longkang pembentungan dan driveway dengan kekisi besi
- Pepasangan sanitasi
- Diagrammatic sanitary layout
- Diagramatic Pumbing layout
- Kebuk sampah (tempat pembunagan sampah dengan ukuran minima 600mm X 600mm) dan peti surat
- Lurang (manhole)/inspection chamber
- Pelan pagar/pintu pagar
- Tembuk penahan (jika ada)
- Keperluan untuk dapur dan tandas
- Lantai dari jenis jubin
- Dinding jubin (minima 150mm)
- Floor trap
- Gully trap
- Kehendak-kehendak am:
- Pembukaan bersih longkang/pembentungan di bawah jalan masuk tidak kurang daripada 1300mm beserta kekisi besi saiz 600mm X 450mm dan wing wall
- Lebar jalan masuk (driveway) tidak lebih daripada 6000mm (tidak termasuk 900mm untuk "slab" ke kebuk sampah)
- Kebuk sampah (tinggi - 1220mm) kemasan jubin (keluasan dalam 610mm X 610mm)
- Pelan Lokasi dengan skala yang munasabah/sesuai dan mengandungi maklumat berikut:
- Semua pelan hendaklah dilukis mengikut skala berikut:
- Pelan lokasi - apa-apa skala yang sesuai
- Pelan lokasi - tidak kurang daripada 1:300
- Semua pelan bangunan - tidak kurang daripada 1:100
- Kemukakan pelan papan tanda projek bersama-sama pelan bangunan
Peringatan:
- Kerja-kerja pembinaan tidak boleh dimulakan sebelum permohonan diluluskan oleh MPKS. Kegagalan mematuhi arahan tersebut boleh mengakibatkan pemilik yang berkenaan dikenakan 10 kali gandaan bayaran proses pelan mengikut Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1986 Jadual Pertama Undang-undang Kecil 17
- Sebarang pindaan kepada pelan kelulusan hendaklah terlebih dahulu dikemukakan untuk kelulusan sebelum pindaan dilakukan
- 4 set pelan pindaan hendaklah dikemukakan termasuk 1 set linen
- Kerja-kerja baru diwarnakan merah dan kerja-kerja lama diwarnakan biru
- Semua pelan lokasi dan tapak diwarnakan merah
- Pihak tuan dikehendaki mendapatkan sendiri surat/pelan kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Pembentungan
-
Mengemukakan satu salinan pelan tatatur yang diperakukan oleh Pengarah, Jabatan Perancang Bandar dan desa, Negeri Selangor ATAU surat kelulusan Kebenaran Merancang oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor
-
Mengemukakan satu salinan kelulusan pelan bangunan daripada Majlis Perbandaran Kuala Selangor ATAU Pelan Pra hitungan yang telah disahkan.
-
Mengemukakan surat permohonan yang ditandatangani oleh Pemaju/Arkitek/Jururancang Bertauliah. Surat permohonan hendaklah mengandungi:
* Lokasi tapak projek (nombor lot, mukim)
* Lokasi kawasan
* Kandungan projek pembangunan yang akan dimajukan
*Cadangan nama taman untuk dipertimbangkan
-
Mengemukakan 6 set pelan cadangan nama jalan dan nombor bangunan (kertas ammonia) yang dilipat pada saiz F4 untuk kelulusan. Semua pelan hendaklah dilukis, ditandatangani dan diperakui oleh Arkitek/Jururancang Bertauliah.
-
Nama taman yang dicadangkan hendaklah:
* Dalam Bahasa Malaysia
* Mempunyai identiti Malaysia
* Mempunyai sebab/alasan mengapa nama tersebut dicadangkan
-
Bagi kawasan yang kurang daripada 10 ekar, pemohon/pemaju disyorkan menggunakan nama taman yang sama dengan taman/projek yang bersebelahan/berhampiran dengan tapak projek.
-
Pelan-pelan hendaklah mengandungi:
* Tajuk projek
* Tajuk pelan
* Pelan kunci
* Pelan lokasi
* Nama, alamat, nombor telefon dan cop pemaju/Arkitek/Jururancang bertauliah disetiap helaaian pelan
-
Pelan cadangan alamat hendaklah menunjukkan:
* Nama-nama jalan dicadangkan
* Nombor bangunan yang dicadangkan
* Contoh-contoh cadangan alamat yang lengkap dengan nama taman, nombor bangunan, nama jalan dan poskod (jika ada)
* Pelan cadangan alamat diwarnakan mengikut warna piawaian perancangan
* Lokasi pemasangan papan tanda nama jalan (ditandakan)
- Surat permohonan dengan Kepada Surat Perunding yang bertauliah.
- Salinan surat kelulusan pelan tataur perancangan daripada Pengarah Negeri Selangor
- 3 salinan pelan ( 1 linen, 2 kertas) yang lengkap diwarnakan dan dilipat saiz A4
- Ruang atas sebelah kanan setiap pelan dikosongkan untuk cop Majlis
- Setiap set pelan mengandungi:
- Pelan petunjuk, pelan lokasi dan arah utara
- Pelan penanaman (skala: 1:200)
- Jadual Penanaman
- Elevation bangunan dari depan, sisi dan belakang dengan pokok (skala 1:200)
- Keratan rentas penanaman disempadan lot dan tempat letak kereta (skala 1:25)
- Butiran penanaman pokok, palma dan pokok renek
- Setiap helai pelan hendaklah:
- Mengandungi tajuk dan nombor lukisan
- Ditandatangani oleh Perunding serta nyatakan Nama, alamat dan No. pendaftaran ILAM
- Ditandatangani oleh pemilik serta nyatakan nama dan alamat
- Senarai Jadual Tanaman dilengkapkan:
- Simbol tanaman
- Nama Botani dan nama tempatan
- Ketinggian ukurlilit dan jarak penanaman
- Jumlah tanaman (hendaklah ditunjukkan dalam jadual penanaman perkara 5 iii)
- Perincian penanaman bagi pokok teduhan, palma dan renek hendaklah ditunjukkan
- Pelan padang permainan hendaklah dikemukakan dalam skala 1:200 dan nyatakan ukuran serta keluasaannya
- Katalog alat permainan dari pembekal
- Disediakan dengan lampu, tong, sampah, bangku "access slab", railing dan lain-lain
- Perincian gelanggang badminton, sepaktakraw, tennis dan sebagainya mengikut pelan perancangan yang diluluskan
- Borang dan dokumen yang diperlukan:
- Borang A dan Borang Permohonan yang Lengkap dikemukakan
- 3 Salinan suratan hakmilik/ Salinan surat perjanjian jual-beli
- 3 Salinan cukai pintu (terbaru)
- 3 Salinan cukai tanah (terbaru)
- 9 Set pelan (temasuk 1 set linen)
- 1 set linen dan 1 set kertas diwarnakan keseluruhannya
- 1 set kertas diwarnakan keseluruhannya
- 7 set kertas diwarnakan pada pelan lokasi dan pelan tapak
- 3 set pelan pra-hitungan yang disahkan oleh JPBD
- 3 salinan Pelan Pertapakan yang disahkan oleh JPBD
- 3 salinan surat kelulusan tukar syarat tanak dan kelulusan pelan tatatur daripada Pentadbir Tanah Daerah Kuala Selangor
- 3 salinan surat kelulusan percantuman lot daripada Pentadbir Tanah Daerah Kuala Selangor
- 3 salinan Resit Premium Tanah
- Borang Kiraan Bayaran Proses pelan
- 1 set Pelan struktur dan kiraan
- Nama, alamat, tandatangan dan nombor telefon Arkitek/Jurutera serta cop rasmi
- Cop memperakui terima tanggungjawaab dan nomborpendaftaran
- Nama, alamat, tandatangan dan nombor telefon pemilik dan pemaju
- Tajuk projek hendaklah dilengkapkan dengan perkara-perkaraa berikut:
- Jenis bangunan
- Kegunaan bangunan
- Bilangan tingkat, unit dan blok
- Kemudahan-kemudahan lain berkaitan seperti No. lot, nama jalan, pekan, mukim dll.
- Nyatakan jenis rumah mengikut lukisan pelan yang ditunjukkan
- Pelan Kunci (key plan)
- Pelan Lokasi - dilengkap dengan:
- Arah utara
- Skala
- Jalan ke tapak nama-nama jalan berhampiran/jalan utama
- Nombor Lot
- Pelan lokasi bagi skim pembangunan hendaklah mengikut pelan pertapakan yang diluluskan oleh JPBD
- Pelan Tapak - dilengkap dengan:
- Arah Utara
- Skala
- Nama-nama jalan masuk ke tapak
- Lot-lot berhampiran
- Ukuran
- Lebar jalan, lorong belakang dan lorong tepi
- Jarak bangunan dari sempadan jalan/lorong belakang/ tepi
- Arah saliran air permukaan
- Arah saliran kumbahan
- Jarak sistem rawatan najis dari sempadan hadapan (minima 6100mm)
- Kedudukan kebuk sampah/grease trap/ oil intercepter
- Lebar Driveway beserta M.S Grating:
-
- Rumah teres : 4600 mm maksima
- Rumah sesebuah : 6100 mm maksima
- Rumah berkembar : 6100 mm maksima
- Kilang : 9100 mm maksima
- Kedudukan pagar/ pintu pagar
- Untuk perniagaan, perdagangan, perusahaan dan rumah pangsa:
- Pengaliran lalulintas (traffic flow)
- Nyatakan tempat letak kereta dan kiraan
- Plot ratio kecuali rumah pangsa
- Luas bangunan - kecuali rumah pangsa
- Pelan Lantai dilengkapkan dengan:
- Skala - min 1:100
- Ukuran lot
- Jarak bangunan dari sempadan
- Garisan cucur atap dari sempadan - 2300mm daripada sempadan
- Arah saliran air permukaan
- Arah saliran air kumbahan
- Saiz kebuk sampah
- Lurang
- Floor trap
- Gully trap
- Oil interceptor
- Inspection chamber
- Jarak tangki najis dari sempadan - 6100mm
- Pagar/ pintu pagar
- Tembok penahan - jika ada
- Kemasan lantai - untuk dapur, tandas gunakan jubin
- Untuk rumah kediaman sahaja - kemasan dinding dapur dan tandas gunakan jubin tinggi 1500mm minima
- Saiz anak tangga dan pelantar:
- Tred minima 255 mm lebar
- Riser maksima 180 mm tinggi
- Nama dan kegunaan bilik/ruang
- Ukuran bilik/ruang (utility lebar 2.00mm, luas 6.50mp minima
- Tebal dinding:
- Dinding pemisah minima 100mm hendaklah daripada jenis "clay brick" dinaikkan 230mm melebihi paras bumbung (non load bearing wall)
- Dinding sekat 100mm minima
- Kebuk sampah/tempat sampah berpusat
- Untuk rumah kediaman sahaja - driveway 460mm maksima beserta kekisi 600 mm X 450mm minima
- Dry Yard bagi rumah pangsa hendaklah terlindung daripada pandangan luar
- Sediakan ampaian kain di ruang dry yard bagi rumah pangsa
- Pemasangan sanitari:
- Wash basin/sink
- W.C
- Long Bath
- Urinal
- Setiap bilik tandas (W.C) adakan floor trap
- Kolah
- Shower
- Pelan tampak pandangan hadapan, belakang dan sisi - dilengkapkan dengan:
- Saiz dan kedudukan vent pipe
- Jenis dan waarna/kecerunan bumbung
- Lain-lain -nyatakan
- Pelan keratan membujur dan melintang - dilengkapkan dengan:
- Tinggi bangunan/tingkat - 3100mm minima
- Kemasan dinding
- Saiz pagar/pintu pagar
- Tebal dinding dan jenis
- Pembinaan kerangka bumbung
- Tinggi tangga dan saiz
- Jarak bangunan daripada sempadan hadapan/ sisi dan belakang
- Jarak cucur atap daripada sempadan
- Pelan perincian berikut dikehendaki:
- Driveway beserta longkang dan kekisi besi
- Inspection chamber
- Kebuk sampah/tempat pembuangan sampah berpusat (kemasan dalaman dari jenis jubin)
- Diagramatic sanitary layout
- Diagramatic plumbing layout
- Jadual spesifikasi untuk:
-
- Saiz/jenis tingkap, pintu dan bukaan yang lain
- Nama dan luas bilik ruang
- Peratus pengudaraan dan pencahayaan
- Kediaman/kilang dan perdagangan: 15%
- Hospital: 22.5%
- Sekolah: 30%
- Pelan papan tanda projek - nyatakan no. rujukan MDKS di rungan bawah di papan tanda
- Keperluan khas untuk kilang, sekolah, perdagangan dan yang berkaitan
- Lantai dan dinding untuk tandas, kantin dan dapur hendaklah dari jubin - tinggi 230mm
- Bilik sembahyang lelaki dan perempuan yang dilengkapi dengan tempat mengambil wuduk berasingan dan sebuah tandas cangkung setiap surau - sekiranya jauh dari tandas
- Nisbah tandas jenis cangkung dan duduk ialah 1:1
- Nisbah tandas duduk, cangkung dan tandas orang cacat ialah 2:1 - untuk komplek membeli-belah, gerai, tempat-tempat awam dan lain-lain yang berkaitan
- Adakan kemudahan orang kurang upaya seperti "ramp up"
- Paip air hendaklah diadakan disetiap bilik tandas
- Untuk kilang, perusahaan, perdagangan dan rumah pangsa
- Kiraan "plinth area" - kecuali rumah pangsa
- Kiraan "Plot Ratio" - kecuali rumah pangsa
- Kiraan tempat letak kereta
- Kiraan keluasan lantai - built up area
- Sistem Sanitari Bangunan
- Paip UPVC Kelas D digunakan untuk system paip kebersihan dalam bangunan:
-
- 3 tingkat : 100mm dia UPVC
- Melebihi 4 tingkat : 150mm dia UPVC
- Saiz branch pipe hendaklah mengikut:
-
- 8 pepasangan : 75 mm
- Melebihi 8 pepasangan : 100 mm
- Water closet (W.C)/ squatting water closet (SWC) hendaklah disambung terus (single line) ke paip kebersihan dan berada 152 mm dari lantai (squatting level)
- Saiz paip kebersihan untuk urinal bowl/ stall atau bersama water closet hendaklah 75 mm diameter. Jenis UPVC dan berada 0.6m dari aras lantai bowl
- Wash basin (WB)/ basin (B) / hendaklah dipasang bottle trap dan floor trap (FT) bersaiz 50mm diameter. UPVC dan gully trap (GT) bersaiz 100mm diameter. UPVC dan saiz WB/B/S - 40mm diameter
- Grease trap (GT) hendaklah bersaiz 100 mm diameter. UPVC serta dinyatakan lokasi dan kemukakan pelan perinciannya
- Saiz paip bagi Anti Saifan Pipe (ASP) ialah:
-
- 3 tingkat : 50mm dia UPVC
- Melebihi 4 tingkat : 75mm dia UPVC
- Saiz dari najis/system rawatan najis ke "roadside drain" ialah 100mm.
Wire Bowl (WB) ke roof level (RL) tingginya minima 450mm dari aras bunbung
Sila rujuk Jabatan Perkhidmatan Pembentungan untuk sokongan kelulusan:
-
- Sistem rawatan najis
- Sistem retikulasi pembentungan
- Lain-lain keperluan
- Kemukakan surat dan pelan kelulusan daripada Jabatan Bomba Shah Alam
- Kemukakan surat akuan penerimaan/surat kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Pembentungan
- Kemukakan pelan "Diagrammatic Plumbing Layout" yang lengkap untuk ulasan JBA
- Tinggi pagar tidak lebih 1500mm dengan 40% bukaan (900mm tembok dan 600 mm decorative grill)
Peringatan:
- Kerja-kerja pembinaan tidak boleh dimulakan sebelum permohonan diluluskan oleh MPKS. Kegagalan mematuhi arahan tersebut boleh mengakibatkan pemilik yang berkenaan dikenakan 10 kali gandaan bayaran proses pelan mengikut Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1986 Jadual Pertama Undang-undang Kecil 17
- Sebarang pindaan kepada pelan kelulusan hendaklah terlebih dahulu dikemukakan untuk kelulusan sebelum pindaan dilakukan
- Bahan-bahan binaan yang digunakan adalah yang dibenarkan
Maklumat lanjut boleh mengenai pemprosesan dan pengeluaran lesen serta merta, download Buku Panduan Lesen Serta Merta