Color
Text

HARI ULANG TAHUN PERBANDARAN KUALA SELANGOR KE-2

Sempena Ulang Tahun Perbandaran Kuala Selangor ke-2 yang disambut setiap 7 Ogos, Majlis Perbandaran Kuala Selangor akan mengadakan beberapa aktiviti bersama warga Kuala Selangor bermula 4 hingga 7 Ogos 2023.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah agihan pulut kuning (di 6 masjid terpilih), Hari Bertemu Pelanggan di Lotus Kuala Selangor dan Lotus Puncak Alam serta Hari Bertemu Pelanggan secara maya di saluran Facebook. Pelbagai hadiah menarik menanti pelanggan yang bertuah.

Selain itu, hanya pada 7 Ogos 2023, MPKS menawarkan parkir secara percuma di kawasan pentadbiran MPKS, potongan 100% Notis E dan Waran F Cukai Taksiran serta potongan 20% tiket pelancongan di Bukit Malawati dan Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan.

Orang ramai disarankan untuk tidak melepaskan peluang menyertai aktiviti yang berlangsung dan tawaran menarik sepanjang sambutan Ulang Tahun Perbandaran Kuala Selangor ke-2.

#UlangTahunMPKS

#MPKS

#IndahdanBersejarah

#MPKS 

UlangTahunMPKS2

UlangTahunMPKS2

UlangTahunMPKS2

UlangTahunMPKS2

UlangTahunMPKS2

Tarikh Akhir untuk ke Arkib