Color
Text

FAQ

APAKAH ITU CUKAI TAKSIRAN AM?

CUKAI TAKSIRAN AM ATAU CUKAI PINTU IALAH CUKAI YANG DIKENAKAN KE ATAS PEGANGAN BERKADAR YANG TERLETAK DI DALAM KAWASAN OPERASI MAJLIS SEPERTI:-  

  • BANGUNAN KEDIAMAN (PANGSAPURI, RUMAH PANGSA, RUMAH TERES, RUMAH SESEBUAH, BANGLO DAN LAIN-LAIN)
  • BANGUNAN PERNIAGAAN/PERDAGANGAN (KEDAI, RUMAH KEDAI, KEDAI PEJABAT, KOMPLEKS PERNIAGAAN, HOTEL DAN LAIN-LAIN)
  • BENGKEL, STESEN MINYAK DAN PANGGUNG WAYANG
  • BANGUNAN PERINDUSTRIAN (KILANG, GUDANG, LOJI, DEPO, PENCAWANG DAN LAIN-LAIN)
BERAPA KALIKAH CUKAI TAKSIRAN DIKENAKAN KE ATAS PEGANGAN BERKADAR DALAM TEMPOH SETAHUN

CUKAI TAKSIRAN DIKENAKAN SEBANYAK DUA (2) KALI SETAHUN IAITU : 

  • PENGGAL PERTAMA (JANUARI - JUN) : BAYARAN SEBELUM 01 MAC DAN APABILA PEMBAYARAN SELEPAS BULAN FEBRUARI, FI NOTIS AKAN DIKENAKAN
  • PENGGAL KEDUA (JULAI - DISEMBER) : BAYARAN SEBELUM 01 SEPTEMBER DAN APABILA PEMBAYARAN SELEPAS BULAN OGOS, FI NOTIS AKAN DIKENA
SEKIRANYA BIL CUKAI TAKSIRAN TIDAK DITERIMA, APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN?

SEKIRANYA BIL CUKAI TAKSIRAN TIDAK DITERIMA, SEMAKAN DAN BAYARAN BOLEH DIBUAT SECARA ATAS TALIAN MELALUI HTTPS://IP3KS.MPKS.GOV.MY/ ATAU DATANG KE PEJABAT MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR ATAU KAUNTER BERGERAK YANG TERDEKAT IAITU:

KAUNTER

HARI

URUSAN

KAUNTER BERGERAK DI TAPAK PASAR TANJUNG KARANG

ISNIN 

8.30 PAGI - 12.00 TENGAHARI

KAUNTER BERGERAK DI TAPAK PASAR DESA COALFIELDS

ISNIN

5.00 PETANG - 8.00 MALAM

KAUNTER BERGERAK DI BESTARI JAYA

JUMAAT

5.00 PETANG - 8.00 MALAM

HADAPAN CENTRAL MART, SAUJANA UTAMA

AHAD

9.30 PAGI - 1.00 PETANG

PEJABAT CAWANGAN GERAI ASTANA ALAM, FASA 3

ISNIN - JUMAAT

WAKTU TAMBAHAN

RABU DAN SABTU

ISNIN- JUMAAT ( 8.00 PAGI - 4.30 PETANG)

WAKTU TAMBAHAN

RABU (5.00 PETANG - 8.00 MALAM)

SABTU (JAN - FEB DAN JUL - OGOS) (5.00 PETANG - 8.00 MALAM)

BERAPA LAMAKAH TEMPOH SAH LAKU BAGI PELAN KERJA TANAH ATAU INFRASTRUKTUR YANG TELAH DILULUSKAN?

TEMPOH SAH LAKU ADALAH 1 TAHUN DARI TARIKH SURAT KELULUSAN DIBERI.

PENAMBAHAN LAMPU JALAN ATAU LAMPU ISYARAT, PERMOHONAN PERLU DIBUAT DAN BERAPA LAMA MASA DIAMBIL UNTUK DIPROSES?

BAGI PENAMBAHAN LAMPU JALAN/ISYARAT, PERMOHONAN PERLU DIBUAT KEPADA MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR. SATU SIASATAN AKAN DILAKUKAN TENTANG KEPERLUAN PENAMBAHAN LAMPU JALAN/ISYARAT DAN BEBERAPA PERATURAN PERLU DIPATUHI SEBELUM PEMASANGAN DILAKUKAN KERANA IA MELIBATKAN ELEMEN KEWANGAN YANG AGAK BESAR.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN NILAI TAHUNAN?

·      NILAI TAHUNAN ADALAH ANGGARAN KASAR SEWA SETAHUN YANG DIPEROLEH OLEH SESEBUAH HARTA JIKA IANYA DISEWAKAN.

 

CONTOH : SEWA RM 400.00 SETAHUN 12 BULAN NILAI TAHUNAN RM 4,800.00

APAKAH PROSEDUR BAGI TEMPAHAN PENGGUNAAN SESUATU MAJLIS DI DEWAN DAN GERAI MPKS

TUAN/PUAN PERLU MENGHADIRKAN DIRI KE PEJABAT MPKS BAGI MENYEMAK TARIKH YANG DIKEHENDAKI SAMAADA MASIH ADA KEKOSONGAN ATAU TELAH DITEMPAH.PADA MASA YANG SAMA PIHAK TUAN/PUAN BOLEH MENDAPATKAN BORANG TEMPAHAN KELULUSAN SERTA-MERTA SEKIRANYA TIADA SEBARANG TEMPAHAN.

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN NOTIS KADARAN

NOTIS KADARAN ADALAH NOTIS PEMBERITAHUAN KEPADA PEMILIK-PEMILIK MENGENAI CADANGAN NILAI TAHUNAN YANG DITENTUKAN KE ATAS PEGANGAN MEREKA. DENGAN MAKSUD LAIN, IA ADALAH SATU MAKLUMAN MENGENAI JUMLAH CUKAI TAKSIRAN YANG AKAN DIKENAKAN.

BAGAIMANAKAH KAEDAH MEMOHON LESEN PERNIAGAAN?

PEMOHON PERLU MENGISI BORANG PERMOHONAN LESEN KOMPOSIT YANG BOLEH DIDAPATI DI KAUNTER PELESENAN MPKS ATAU MUAT TURUN BORANG TERSEBUT DI LAMAN WEB MPM DI www.mpks.gov.my. PEMOHON DIKEHENDAKI MENYATAKAN JENIS PERNIAGAAN YANG HENDAK DIJALANKAN DI DALAM BORANG BERSAMA-SAMA DOKUMEN LAIN SEMASA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN. PERMOHONAN YANG LENGKAP PERLU DIHANTAR KE KAUNTER PELESENAN BERSAMA BAYARAN PROSES DAN SLIP PENGESAHAN PENERIMAAN PERMOHONAN LESEN AKAN DIKELUARKAN SEBAGAI RUJUKAN. SEMUA KEPUTUSAN PERMOHONAN AKAN DIBERITAHU MELALUI SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS).

APAKAH JENIS LESEN – LESEN PERNIAGAAN YANG DIKELUARKAN OLEH MAJLIS?

·         LESEN PERNIAGAAN TRED

·         LESEN ESTABLISYMEN MAKANAN

·         LESEN RUMAH TUMPANGAN

·         PERMIT MENGENDAL SKIJET / SKUTER AIR

·         LESEN KEDAI GUNTING RAMBUT

·         LESEN TEMPAT LETAK KERETA PERSENDIRIAN

LESEN RUMAH URUT